Monday, February 4, 2013

Drama Syahadat Cinta di TV Al-Hijrah



Alhamdulillah wa syukur lillah…

Hari ini dapat lagi kita merasa segarnya udara memasuki rongga nafas kita. semua ini atas rahmat Allah yang tidak terhingga kepada kita. Alhamdulillah…

Sedikit review, pengenalan, perbandingan dan sinopsis ingin saya kongsikan di sini. Drama ini sedang ditayangkan di TV Al-Hijrah pada setiap Selasa jam 10 malam. Lihat promo drama Syahadat Cinta di bawah ini:



Review: 


Apabila melihat bingkisan drama ini, saya dapati tidak terlalu banyak bezanya dengan Filem Syahadat Cinta (boleh lihat sinopsis filem di sini). Filem dan drama Syahadat Cinta ini kedua-duanya merupakan adaptasi daripada novel Syahadat Cinta (klik sini untuk lihat sinopsis novel) tulisan penulis tersohor Indonesia saudara Taufiqrahman Al-Azizy. 



Secara kasarnya, penerbit drama masih mengekalkan penampilan watak serta susur cerita yang sama. Cuma yang menjadi perbezaan ketara adalah lokasi penceritaan. Namun, secara keseluruhannya aspek-aspek dan nilai cerita tersebut masih dikekalkan.

Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan kepada penerbit drama, pengarah dan barisan pelakon yang membawa cerita tersebut dengan baik sekali. Saya amat berharap cerita-cerita yang sarat dengan mesej Islam seperti ini terus maju ke hadapan sebaris dengan drama-drama dan filem-filem yang kurang unsur Islamiknya.

Tahniah juga TV Al-Hijrah kerana telah berjaya dan menguasai tayangan rancangan dan cerita-cerita yang berunsur Islamik. Syabas! Sesungguhnya, saya amat pasti ramai penonton di luar sana yang sangat dambakan rancangan-rancangan sebegini. Bagi yang tidak dapat siaran TV Al-Hijrah bolehlah menonoton secara online TV Al-Hijrah dengan klik gambar di bawah ini. 


 
Web Rasmi TV Al-Hijrah


Sedutan sinopsis Drama Syahadat Cinta:

Iqbal merupakan anak tunggal kepada Kamarul Ariffin dan Mazni. Iqbal memiliki segala kemewahan yang memungkinkan dia menikmati apa sahaja kehendaknya. Namun semuanya berubah apabila ibunya terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara sikap pemabuk Iqbal yang telah melanggar ibunya dengan tidak sengaja ketika memandu untuk keluar dari rumah.

Iqbal amat menyesali perbuatannya, dan akhirnya bersetuju untuk mengikut nasihat bapanya untuk ke pondok Al-Amin. Selama 2 bulan berada di sana, Ustaz Abdullah Sidiq hanya menyuruh Iqbal mengambil air di tasik dan penuhkan ke dalam kolah. Iqbal amat marah dan rasa hilang kesabarannya. Ustaz Abdullah menasihati Iqbal supaya bersabar kerana sabar itu adalah sebahagian dari IMAN.

Bermulalah travelog tarbiah Iqbal apabila dia menanam azam untuk berkelana demi mencicip lautan ilmu di bumi Tuhan.

>> Untuk baca sambungan sinopsis (penuh), klik Sinopsis Drama Syahadat Cinta.
>> Dan terokai sedutan Filem Syahadat Cinta (Indonesia) di sini.   

No comments:

Post a Comment