Friday, July 22, 2011

Nisfu Sya’ban, Satu Transformasi –Siri 2-



Assalamualaikum sahabat-sahabat,

Salam 21 Syaaban.. Salam sayyidul ayyam (penghulu hari)..


Ya Allah..

Semakin dekat kurasakan..

MasyaAllah…

Subhanallah…

Sangat rindu…

Tidak tertahan lagi menahan ngilu di hati ini…


Ana akan huraikan sedikit lagi berkenaannya.




Bagaimana untuk ‘imarahkan malam nisfu sya’ban?

Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:

“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).


Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Dua kenyataan di atas dapat memberi idea di mana perlunya kita beramal dengan sesuatu yang pasti. Islam bukan satu agama semborono, pakai ikut-ikut saja. Beramallah sekadarnya.


Pernah terjumpa hadis ini?

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”.

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) 
(lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).




Mari Transform!

Sahabat-sahabat sudah jelas bukan bahawa Nisfu Sya’ban ini buku catitan amal kita ditukar.
Kita selalu pasang azam baru pada awal tahun sama ada awal tahun Masihi atau pun awal tahun Hijri.

Apa kata kita pasang azam baru untuk buat yang terbaik bermula Nisfu Syaaban!

Inilah masanya kita betulkan diri kita apa yang lompang. Kita buku diari baru!

Jom kita ambil 'ibrah dari transformasi BUTTERFLY!


Nisfu Syaaban dah terlepas, so macam mana?

Tidak mengapa sahabat-sahabat.
Jangan khuatir.
Jangan patah semangat.

Inilah satu lagi signifikannya nisfu syaaban.
Mengingatkan kita tentang bulan Ramadhan yang bakal menginjak beberapa hari lagi!



Konklusi.

Jadikan nisfu syaaban sebagai satu tapak untuk kita TRANSFORM diri kita untuk buat yang terbaik bulan Ramadhan nanti!

Tanamkan azam mulai detik ini!

Ya Allah…

Sempatkah tubuh ini merasa ni’mat beribadat dalam bulan itu…

Kami sangat menantimu!

Jom kita:

Transformasi diri. Transformasi ‘amal!
Ramadhan Kareem…Ahlan bina!






Srikandi Al-Azwar
Erti Hidup Pada Redho Ilahi
17 Sya’ban 1432H/ 18 Julai 2011
Berkelana Mengejar RedhoNYA

Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

11 comments:

  1. insyaALLAH .semoga mjdi tansformasi yang baik buat kite semuaaa :)

    ReplyDelete
  2. cik faiqah: ya moga2 kita semua dapat buat yg terbaik Ramadhan kali ni (",)

    ReplyDelete
  3. subhanallah.. semoga kita berada di landasan yg betul menuju ramadhan..

    ReplyDelete
  4. semoga kita masih diberi kesempatan utk merasai ramadhan kali ni..amin..=D

    ReplyDelete
  5. Zul Fattah & Anna: Ya moga2 kita dipertemukan dgn Ramadhan Kareem...selamat berpuasa semua!

    ReplyDelete
  6. semoga kita semua diberikan dengan kesihatan yg sempurna agar dpt menjlnkan ibadah puasa di dlm bulan Ramadhan tahun ini dengan lebih sempurna...Amin

    ReplyDelete
  7. subhanallah..=)
    moge ramadhan kali ni lebih bermakna dr taun2 yg lepas kan kak =.<

    ReplyDelete
  8. sama-sama kita ingat mengingati..thanks :)

    ReplyDelete
  9. salam. Emma singgah sini balik. Thanks Following me. Rajin2lah comment entry ok.

    ReplyDelete
  10. Salam ziarah. Terimakasih diatas perkongsian ilmu..Mudah-mudahan Ramadhan yang dirindui kali ini lebih baik dari yang sudah..

    ReplyDelete
  11. sukanya baca tulisan orang...apatah lagi yang sbegini..teruskan menulis..moga redha Allah mendatangimu saudari~

    ReplyDelete