Sunday, July 24, 2011

MTQA kali ke-53, Johan Malaysia!



Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA) kali ke-53 telah melabuhkan tirainya sebelum jam 11 malam semalam waktu Malaysia.

Alhamdulillah, kedua-dua peserta Qari dan Qari’ah negara kita telah berjaya meraih JOHAN!
Saudara Amirrahman Abas (finalis Akademi Al-Quran musim pertama)  dan Hajah Puan Suraya Abu Hassan telah mengharumkan nama Malaysia! 



Syabab Pemangkin Kemajuan Agama dan Negara!

Qari dari Negeri Sembilan dan Qariah dari Johor itu kedua-duanya masih muda belia.

Dengan lahirnya individu-individu yang muda belia seperti ini mampu menjadi satu ICON buat anak muda.  

Yang kita harapkan adalah pemuda yang memacu Negara ke arah negara yang tinggi nilai moralnya, akhlaknya dan peribadinya. 

Usaha melahirkan syabab (pemuda) yang berkepimpinan laksana pemimpin agung Muhammad s.a.w wajar mendapat tempat di hati kita semua!

Jika kita ingin menjadi insan yang baik lagi soleh maka lenturkanlah dan asuhkanlah diri kita menjadi pencinta golongan soleh.



Nak Jadi Soleh dan Solehah?

Ada formulanya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:

“Perumpamaan teman yang soleh dan teman yang buruk adalah ibarat penjual minyak wangi dan peniup tungku. Penjual minyak wangi bisa memberimu tanpa kita harus membeli, atau (paling tidak) engkau akan mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan peniup tungku bisa membakar pakaianmu atau engkau akan mencium bau busuk darinya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Abul Fudhail Al-Jauhari pernah berkata:

“Siapa yang mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan, 
maka dia akan mendapatkan barakahnya. 
Bahkan, seekor anjing yang mencintai dan menemani pelaku kebajikan sekalipun 
Allah abadikan dalam ayat-ayat-Nya. 
Anjing tersebut adalah anjing Ashabul Kahfi 
yang dituturkan dalam surat Al-Kahfi.”


Sahabat-sahabat,

Motivasi sudah diberi, formula dan dalil juga sudah. 

Jadi, apa lagi, jom kita sama-sama menjadi insan soleh harapan agama dan negara!






Srikandi Al-Azwar
Erti Hidup Pada Redho Ilahi
23 Sya’ban 1432H/ 24 Julai 2011
Berkelana Mengejar RedhoNYA

Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

No comments:

Post a Comment