Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Saturday, November 24, 2012

Di Mana Tanda Setiamu?

Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita di sini
Sama gelitanya hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah umpama mimpi

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela
ohh ohhhh.

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Saturday, October 8, 2011

Gula-gula Perjuangan





“Saya tak nak lagi terlibat dalam program ni, saya banyak kerja lain nak kena focus”

“Saya nak letak jawatan dalam organisasi ni, saya taknak akademik saya terganggu.”

“Entahlah, saya rasa keterlibatan saya dalam semua-semua ni tak memberi makna la, menjatuhkan lagi prestasi saya adalah..”

Sesungguhnya, alasan yang wujud atas muka bumi ini memang sangatlah banyak. Jika hendak disenaraikan memang tidak mungkin. Manakan tidak, alasan-alasan yang terungkap itu terlahir dari pemikiran yang berbeza-beza.

Apa yang membuatkan pemikiran kita berbeza?
Bukankah kita dilahirkan dari medan tarbiyah yang sama?
Bukankah bibir kita pernah melafazkan bait janji setia untuk berjuang di medan yang sama?
Bukankah mata kita pernah menjadi saksi tangisan tika mula menjejakkan kaki dalam perjuangan?
Bukankah kaki dan tubuh kita pernah meredah lautan ombak badai……?

Duhai sahabat…
Ke mana pergi kesemua perkara itu?
Adakah hanya dengan sedikit mehnah dalam berjuang engkau sudah tawar hati?
Bukankah antara tanda-tanda golongan munafik itu; apabila bercakap dia berdusta dan apabila berjanji dia mungkir…?
Adakah kita mahu termasuk dalam golongan munafik?

Duhai sahabat...
Ingatlah bahawa ujian yang menimpa kita sangatlah kecil jika dibandingkan dengan apa yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Tubuh baginda yang mulia pernah terluka dan berdarah di medan jihad.
Namun itu tidak sekalipun mematahkan semangat baginda untuk meneruskan perjuangan.

Baginda kekasih Allah, tetapi baginda tidak mengeluh apabila mengalami kesukaran. Tidak sekali-kali!!

Sahabatku...Ya, kita bukanlah Rasulullah, tetapi, bukankah kita mengaku bahawa kita mencintai baginda dan ingin menyambung rantai perjuangan baginda??

Tidak perlu antum jawab pada ana semua persoalan ini, tetapi jawablah pada iman antum…

Duhai kalian yang dikasihi...
Ingatlah bahawa setiap mehnah yang kalian tempuh merupakan tarbiah dari Allah..
Biar payah biar perit tempuhlah dengan hati yang IKHLAS..
Yakinlah dengan janji Allah bahawa kemanisan pasti akan kalian rasa di kemudian hari..

Itulah GULA-GULA PERJUANGAN...!


Renunglah bait lagu di bawah ini, khas didekasikan buat sahabat-sahabat seperjuangan semua.. 

Sunnah Orang Berjuang
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana...atau syurga



Tabahkan Hati dan Teruskan Perjuangan!!!!



Album : pelita hidup IV           
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Thursday, August 25, 2011

Destinasi Cinta, positifkan persepsi



Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan



Tuesday, August 23, 2011

Kalau nak bercinta dengan DIA…




Menyingkap tirai hati.. 
Menyemai relung rasa.. 
Memetik ranum cinta..

Assalamualaikum. Salam ukhwahfillah. Salam Mahabbatullah..

 
1)  Siapa DIA di taman hati ini..


“Awak..sedalam mana cinta awak pada saye?”

“Sayang..awak tahu kan tiada tandingannya cinta saye pada awak..”

Sunday, July 31, 2011

Hope for Syahrul Barakah



Assalamualaikum. 

Apa persaan sahabat-sahabat sekarang?

Semakin menggebukah rindu untuk bertemu Ramadhan?

Ternanti-nantikah dengan bulan keberkatan ini?

Sudahkah terasa kehangatannya?

Kurang satu jam lagi bagi penduduk Malaysia untuk menginjak masuk suatu fasa yang dikira amat tinggi nilainya bagi umat Islam. 

Ramadhan Kareem. Bulan yang sudah semestinya ditunggu-tunggu bagi pencinta Ilahi.


Tinggi pengharapan!

Sunday, July 24, 2011

Indahnya Ibtila’





Nikmat oh nikmat. Banyaknya nikmat kurniaan Allah..

Nikmat makan.

Nikmat hidup sihat.

Nikmat bahagia.
 
Nikmat beribadat.

Dan segala bentuk nikmat yang tidak mampu disenaraikan di sini.

Ucaplah...



Dalam banyak-banyak nikmat itu sedar tidak sedar kita lupa dengan satu nikmat iaitu:

Monday, July 18, 2011

Perginya Seorang Srikandi Islam..



Salam ta’ziah buat ahli keluarga Allahyarhamuha YB Dr. Lo’ Lo’ Ghazali yang telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 10.15 malam semalam di Hospital Selayang. 

Kelmarin ahli keluarganya membuat kenyataan beliau masih menjalani rawatan kompilasi penyakit kanser. (link)

Pagi ini 18 Julai 2011, jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Al-Akram Kg. Dato’ Keramat jam 10.30 tadi. Kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dato’ Keramat. (link)

Arwah yang merupakan ahli parlimen Titiwangsa banyak menyumbangkan tenaganya atas jalan perjuangan Islam semasa hayatnya.


“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. 
Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.”
-Surah Ali ‘Imran: 185-

Perginya seorang pejuang agama Allah bukan bermakna kita harus lemah. Yang hidup perlu teruskan perjuangan ini dan sentiasa mengambil iktibar untuk mati di atas jalanNYA.

Moga Allah merahmati dan meredhoi beliau di sisiNYA. Moga segala amal kebaikannya diangkat dan diterima oleh Allah.

Al-Fatihah. 




Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

Monday, July 4, 2011

1 Hari + 1. Mudah Sahaja


“Hayya ‘alassolah…”

“Hayya ‘alalfalah…”

Sahabat-sahabat, apa khabar? Iman ok? Amalan?

1 Hari + 1. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan term ini?

Bagi yang allergic kepada angka. ana tolong translatekan: 

Tuesday, June 28, 2011

Realiti TV Ustazah Pilihan: Seindah Hiasan?







Wanita hiasan dunia…
Seindah hiasan adalah wanita solehah

Begitulah petikan dari lagu Impian Kasih nyanyian kumpulan nasyid in-Team.


Ustazah Pilihan

Satu lagi rancangan realiti TV bakal ditayangkan di Astro Oasis pada tanggal 1 Oktober nanti.

Siri pencarian ikon muslimah atau lebih kepada melahirkan penda’wah muslimah ini memang menarik minat apabila pertama kali mendengarnya. Pasti para muslimat di luar sana berasa teruja dengan hal ini. Mana tidaknya inilah pertama kali penggalian hiasan dunia yang terindah ini dilakukan secara meluas!
Sebagai individu yang mencintai agama Allah ini, sudah tentu ana akan lebih menyokong rancangan ini berbanding rancangan hiburan yang lain. Terlalu banyak rancangan hiburan di luar sana sehinggakan merasa muak untuk menyebutnya. Sudah pasti antum tahu rancangan seperti mana kan?

Rancangan berunsur Islamik sudah pastinya menjadi harapan besar untuk mengangkat martabat Islam. Seperti rancangan Imam Muda yang telah dua musim menjadi tontonan umum ianya mendapat feedback yang baik. Malah ianya disebut-sebut di peringkat antarabangsa! Ini membuktikan rancangan yang beracuankan syariat Islam yang sebenar mampu menggugah dunia dan mampu berdiri sendiri tanpa perlukan sokongan dan tajaan golongan alKuffar! Gahnya Imam Muda begitulah juga harapan ana akan gahnya Ustazah Pilihan. 

Ustazah Pilihan mestilah sinonim dengan muslimah sejati atau wanita solehah.

Wanita solehah

Apa bayangan kalian tentang term ini? Seperti manakah gambarannya?
Ana yakin sekali kebanyakan dari antum akan membayangkan;

       1)    Seorang muslimah yang bertudung litup.
       2)    Berpakaian sopan, memakai jubah muslimah.
       3)    Lemah lembut dalam setiap tindakan.
       4)    Bercakap dengan penuh hikmah.

Dan..banyak lagi semestinya!
Betul tak?

Baiklah, tidak kisahlah bagaimana antum mendefinisikannya.
Mari kita terokai gambaran muslimah sejati dari aspek ajaran Islam!


{Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, “hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang} 
Surah Al-Ahzab: 59


Hindarkan Dari Berhias Secara Berlebihan (Tabarruj)

{Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bersolek/berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahilyiyah dahulu} 
Surah Al-Ahzab: 33 


Tabarruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari RahmatuLlahi ‘Alaihi ada berkata: “Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”

Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan ‘aurat dan di samping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabarruj).


Daripada ayat 31 surah an-Nur wanita adalah dilarang untuk berhias. Pengertian perhiasan bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istemewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan demikian juga dinamakan
TABARRUJ!

Ummu Salamah ada menceritakan, maksudnya begini: Asma’ binti Abu
Bakar telah menziarahi Rasullullah s.a.w pada suatu hari dengan berpakaian nipis.
Lantas Rasulullah s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya:
“Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaid (baligh), tidak
harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Di samping itu
Rasulullah mengisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangan.


Kesimpulan maksud hadith di atas, bolehlah difahamkan bahawa Allah s.w.t membenarkan bagi wanita membuka muka dan dua tangan jika anggota-anggota tersebut tidak disolek. Andainya anggota-anggota tersebut dihiasi, umpamanya muka berbedak, kening bercelak, bibir bergincu dan sebagainya, maka kawasan muka seperti ini wajib juga ditutup dengan kain tudung. Begitu juga dua tapak tangan hingga ke pergelangan. Andainya dihiasi (seperti berinai atau seumpanya) maka wajiblah ditutup seperti bersarung tangan. (Petikan dari artikel "Tabarruj" oleh Ustazah Ni'mat Sidqi)


Ghadlul Bashar (Menundukkan Pandangan)


Peringatan buat kaum Adam:

{Katakanlah wahai kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.} 
Surah an-Nur: 30

Wahai ukhti muslimah, tidakkah engkau membaca lanjutan firman Allah:

{Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya serta tidak menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali (yang biasa) nampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya...} 
Surah an-Nur: 31

Dalam hal ini, secara jelas dan terang sekali Allah s.w.t menyatakan kepada kita bahawa wajib bagi lelaki dan perempuan menjaga pandangan. Ini merupakan antara ayat suci alQuran yang secara jelasnya menetapkan perintah kepada kedua-dua pihak. Fair and square!

Dua ayat di atas disampaikan oleh Allah secara jelas sekali, lalu jika ada yang masih belum terasa ana khuatir apakah yang membelenggu benak mereka. Cubalah check iman anda!

Menundukkan pandangan adalah menjaga diri kita dari memandang perkara-perkara yang diharamkan, terutama dalam konteks pandangan terhadap lain jenis yang bukan mahram.

Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullahu ta’ala, mantan mufti Arab Saudi, mengatakan bahwa menundukkan pandangan ini mencakupi semua jenis klasifikasi; baik wanita telanjang, setengah telanjang, atau berhijab yang tampak padanya kedua mukanya. Bahkan, kita diperintahkan untuk segera memalingkan wajah kita terhadap pandangan-pandangan yang tidak sengaja.

Seperti dalam hadith Rasulullah صلى الله عليه وسلم ketika baginda ditanya sahabat Jabir bin Abdillah radliyallaahu 'anhu tentang melihat (wanita) tanpa sengaja. Baginda menjawab : 


قال اصرف بصرك عنهن

“Palingkan pandanganmu dari mereka (kaum wanita)" 
(Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahih-nya 2159, atau dalam Mukhtashar-nya 1426).

Dalam sebuah hadith lain; diriwayatkan oleh Bukhari (III/295 dan XI/8), Muslim (IV/101), dan lain-lain dari ahli hadith, bahwa ada seorang wanita dari Khats’am meminta fatwa kepada Nabi pada waktu haji Wada’ (di hari Nahar). Sedangkan ketika itu, Al-Fadlal bin ‘Abbas berada di belakang Rasulullah
صلى الله عليه وسلم. Dia (Al-Fadlal) adalah seorang laki-laki yang cerdas, lalu Nabi صلى الله عليه وسلم pun berhenti dihadapan orang-orang untuk menyampaikan fatwa kepada mereka. 


Dalam hadith ini disebutkan bahwa Al-Fadlal radliyallaahu 'anhu menoleh kepada wanita tersebut yang ternyata ia adalah wanita cantik (dalam riwayat lain: seorang wanita yang bersih). Akhirnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم memegang dagu Al-Fadlal radliyallaahu 'anhu dan memalingkan wajahnya ke arah lain. 


Dalam riwayat Ali bin Abi Thalib radliyallaahu 'anhu terdapat tambahan lafaz:


فقال له عباس : يا رسول الله لم وليت عنق ابن عمك. قال : رأيت شابا فلم أمن الشيطان عليها

“Kemudian Al-Abbas bertanya kepada Nabi : Ya Rasulullah, mengapa engkau palingkan leher anak pamanmu? Baginda menjawab : Kerana aku melihat seorang pemuda dan pemudi yang aku tidak dapat mengamankan keduanya dari syaitan”

النظر من سهام الشيطان

“Pandangan adalah satu anak diantara anak panah-anak panah iblis”

Dikatakan dalam sebuah syair bahasa Arab (yang artinya) :
Setiap kejadian bermula dari pandangan mata
kehidupan di neraka bermula dari kejahatan yang hina
berapa banyak pandangan yang menghunjam ke hati
laksana hunjaman anak panah tanpa busur bertali (link)








Seorang muslimah yang sejati adalah yang tidak memandang (yang bukan mahram) 
dan tidak dipandang (oleh lelaki yang bukan mahram)!


Adakah Terdapat Jaminan?

{Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik.}
Surah Ali-‘Imran: 14

Apabila wajah muslimah-muslimah solehah ini dipertontonkan secara live di kaca TV, ditambah lagi dengan teknologi sekarang ini di mana-mana pun bole menonton, youtube, facebook dan sebagainya, adakah di sana ada jaminan bahawa wajah mereka ini tidak dipandang “puas” atau ditenung lama oleh ajnabi?

Terasa amat sedih!


Fitnah Wanita!


 “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang paling membawa mudarat ke atas lelaki melainkan wanita” 
Riwayat Al-Bukhari

Seperti mana hadis di atas baginda Rasulullah menyatakan dengan jelas sekali hal ini. As long as namanya wanita atau nisa’ pasti ada daya tarikannya. Daya tarikan ini scale nya mungkin berbeza.
Seorang muslimah sejati yang menjaga hukum-hukum Allah dengan baik dalam dirinya pasti akan menghasilkan daya tarikan magnet yang kurang dan memberi momentum yang rendah kepada kaum Adam. Kerana di sana adanya redho Allah mengiringi setiap langkahnya.


Jagalah Suaramu

{Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.}
Surah Al-Ahzab: 32. 

Seorang muslimah yang profesional mestilah bijak dalam menggunakan ton suara dalam berbicara. setiap butir bicara harus tegas dan jelas. 


 Leraikan Simpulan

Walau bagaimanapun, harapan ana sangatlah besar dalam hal ini. Tidak salah seorang muslimat berada di khalayak apatah lagi dalam menyampaikan da’wah, tetapi perlulah tetap menjaga batas-batas hukum. Jagalah keindahan yang Allah kurniakan kepadamu sebaik-baiknya. Jangan biarkan yang tersirat pada diri itu terdedah dengan mudah. Ingatlah, senyumanmu, tawamu, dan jelinganmu bisa menggugah iman ajnabi di luar sana. Thabatkanlah dirimu agar tetap menjadi wanita solehah sebaik-baik hiasan dunia..




“Erti Hidup pada Redho Ilahi”
27 Rejab 1432H
28 Jun 2011
Baiti Jannati


Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

Thursday, June 23, 2011

MAKNAKAN TAQWA DALAM HIDUPMU!


 


Takutkah?
Gentarkah?
Kecutkah?

Berlegar-legar di benak fikiran. Bagaimana mahu menterjemah konsep taqwa dalam hidup..
Bila bercakap tentang taqwa rata-rata boleh menghuraikannya dengan baik. 

Antara perumpamaan terbaik tentang TAQWA adalah;

Saturday, December 18, 2010

Dilema Membuat Pilihan


Dalam sehari-hari kita sentiasa perlu berhadapan dengan perlbagai urusan hidup yang memerlukan kita membuat pilihan. Daripada sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar memerlukan pertimbangan yang baik.


Sebagai hamba Allah yang dhoif sudah pastinya pertimbangan ‘aqal kita terlalu lemah dan selalu terikut-ikut dengan nafsu diri yang tidak baik.

Penyelesaian

Islam sungguh sempurna!

Dalam hal pilih memilih ini ada jalan yang baik untuk dipraktikkan.

Wednesday, December 8, 2010

Program Realiti TV: ADIK-ADIKKU vs IDOLA KECIL



Kebanjiran industri hiburan dewasa kini bagaikan “cendawan yang tumbuh selepas hujan”. Sangat subur. Sangat hangat. Sangat fantastic!

Sedar atau tidak rancangan-rancangan inilah yang akan mencorak adik-adik kecil kita sekarang.

Program Realiti TV ADIK-ADIKKU di TV1
IDOLA KECIL di TV9


Persoalannya:
Adakah kita ingin anak-anak kecil ini membentuk peribadi Muslim Excellent?
Atau
Adakah kita mahu membentuk mereka dengan peribadi Western Excellent?

Sayyidul Istighfar


Dalam meniti saki baki kehidupan kita sehari-hari pastilah tidak terlepas dari pelbagai khilaf yang kita lakukan. Dalam syari’at yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, kita sebagai umat baginda tidak perlu menghapuskan dosa dengan menyiksa diri dan sebagainya. Cukup dengan penyesalan yang sungguh-sungguh dan memperbanyakkan istighfar kita kepada Allah Ta’ala. Berkenaan istighfar inilah ada satu doa’ istighfar yang diajar baginda Rasulullah s.a.w kepada kita iaitu:

Monday, December 6, 2010

Rintihan Seorang Hamba di Pengakhiran Hijriy...



Tik…tik…tik…

Meniti detik waktu…
Merentas perjalanan masa…

Sedar tak sedar tahun baru Hijriy bersua lagi…

Friday, December 3, 2010

DENGARLAH RINTIHAN SI MAYAT……

Assalamu'alaikum..

Kematian merupakan ketentuan yang pasti bagi setiap makhluk yang bernafas di muka bumi ciptaan Allah s.w.t ini. Ia datang tanpa mengira waktu, tidak mengenal usia mahupun tempat, juga tidak mengira harta atau pangkat seseorang itu kerana sesungguhnya manusia itu hanyalah hamba yang dhaif di sisi Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.