Monday, July 18, 2011

Perginya Seorang Srikandi Islam..



Salam ta’ziah buat ahli keluarga Allahyarhamuha YB Dr. Lo’ Lo’ Ghazali yang telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 10.15 malam semalam di Hospital Selayang. 

Kelmarin ahli keluarganya membuat kenyataan beliau masih menjalani rawatan kompilasi penyakit kanser. (link)

Pagi ini 18 Julai 2011, jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Al-Akram Kg. Dato’ Keramat jam 10.30 tadi. Kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dato’ Keramat. (link)

Arwah yang merupakan ahli parlimen Titiwangsa banyak menyumbangkan tenaganya atas jalan perjuangan Islam semasa hayatnya.


“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. 
Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.”
-Surah Ali ‘Imran: 185-

Perginya seorang pejuang agama Allah bukan bermakna kita harus lemah. Yang hidup perlu teruskan perjuangan ini dan sentiasa mengambil iktibar untuk mati di atas jalanNYA.

Moga Allah merahmati dan meredhoi beliau di sisiNYA. Moga segala amal kebaikannya diangkat dan diterima oleh Allah.

Al-Fatihah. 




Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

No comments:

Post a Comment