Friday, December 3, 2010

CERPEN: Anak Soleh -2- (akhir)


“AllahuAkbar Allahuakbar…”

Azan Subuh berkumandang membelah kesunyian pagi. Aku bersiap-siap untuk turun ke surau.

‘Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana Engkau masih membangunkan aku untuk terus menjadi hamba yang taat akan perintahMU..’, hati kecilku berbisik.

Udara pagi mengelus lembut wajahku setelah pintu aras blok dibuka. Terasa sejuk dan segar. Suasana sunyi sepi.  


"بسم الله توكلت على الله..."
Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNYA..

Kaki kiriku memulakan langkah sambil bibirku mengalunkan zikrullah perlahan.

Usai solat Subuh al-Ma’thurat dicapai dan aku duduk bersandar di dinding surau. Kemudian aku lanjutkan dengan mengalunkan perlahan ayat-ayat cinta alKhaliq. Ketika membaca surah Yasin aku niatkan untuk ayahku.

‘Moga ayah cepat sembuh…amin’.

Ada titisan titisan hangat kurasakan mengalir di pipiku. Adakah aku bersedia untuk menerima sebuah kehilangan. Soalan itu bermain-main di benakku. Seolah-olah jawapannya tidak dapat kusimpulkan. Hampir sebulan ayah terlantar sakit. Hanya doa dan zikrullah menjadi penenang hati ini.

Selesai semuanya kuaturkan semula kaki ini naik ke bilik. Madah untuk imtihan akhir harus kuulangkaji lagi. Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar. Ada panggilan masuk. Baiti Jannati tertera di skrin.

“Assalamu’alaikum mak..” salam kuberikan kepada bonda tersayang.

“Wa’alaikumussalam.., kakak sihat? Buat apa tu?” soal emakku.

“Alhamdulillah sihat..mak sihat? nak study sikit ni mak, ada satu paper petang ni” jawabku.

“Alhamdulillah..mak pun sihat..jawab baik-baik ya petang ni” pesan emak.

Emak menyambung lagi, “kak, mak nak cakap sikit ni..pasal ayah..ayah semakin tenat..”

Aku terdiam. Perlahan kuucapkan kalimah istirja’.

“Jadi mak.., akak balik?” soalku.

“ Nantilah apa-apa mak bagi tau lain. Sekarang ni kakak fokus dulu exam ya”.

Selesai perbualan aku termangu sebentar. Persoalan pagi tadi bertandang semula di fikiranku. Adakah aku cukup bersedia menerima sebuah kehilangan? Kehilangan insan yang amatku sayang.

*****

Selesai menjawab madah petang itu, kakak seniorku, Kak ‘Ain, mengajakku menemaninya ke rumah saudaranya di bandar dengan menaiki motosikal. Rasa lapang menerima ajakannya. Menyambung silaturrahim bukankah baik di sisi Islam. Agak petang kami sampai ke sana.

Maghrib itu kami berdua solat berjema’ah. Selesai mengimami solat dan berwirid sebentar, aku menadahkan tangan kepada ar-Rahman. Terasa syahdu di kala itu..

"اللهم هون علينا في سكرات الموت......."
(Ya Allah..permudahkanlah kami menghadapi Sakaratul Maut..)

Tiga kali aku mengulangi ayat itu..di akhir do’a kurasakan ada titisan hangat mengalir. Terasa sangat menyentuh kalbuku. Ketika kami bersalaman, Kak Ain berkata “sabar ya Nur…”. Aku hanya tersenyum tawar.
           
 Beberapa detik selepas itu, aku mendapat panggilan dari kakakku.
          
 “Assalamu’alaikum kakak..kak, ayah dah tiada….” 

"إن لله وإن إليه راجعون...."

Tiada kata lain yang mampu diungkapkan tika itu. Aku seolah-olah tiada perasaan. Selepas memutuskan talian barulah air mata ini mengalir perlahan tetapi tetap terasa sukar untuk menafsirkan segala rasa. Ya Allah….aku terlalu redhokah? Sehingga menjadi orang yang tidak berperasaan sebegini………

*****
Dalam perjalanan balik menziarahi ayahku buat kali terakhir peristiwa sebulan yang lalu berputar-putar di layar fikiranku.


Petang itu, Kak ‘Ain ada bercerita tentang kondisi keluarganya. Tentang sakit ayahnya yang semakin melarat. Terdetik di hatiku untuk menelefon rumah.

Setelah beberapa ketika panggilanku disambut. Tidak seperti biasanya, ada suara yang lembut menyapa di sebelah sana. Bukan suara emak tapi suara ayah..

“Assalamu’alaikum…ayah sihat?” sapaku.

“Wa’alaikumussalam…ayah sihat juga..lusa ayah kena jumpa doktor.. Kena buat pemeriksaan sikit..”

“Oh ya ka..belum buat lagi la ya pemeriksaannya..” balasku.

“Ya..kakak…doakan ayah ya….”

“InsyaAllah ayah…..”

Dan…itulah kalimat terakhir dari seorang ayah kepada anaknya yang sentiasa merindukannya ini..




‘Ayah…insyaAllah anakmu ini tidak akan pernah lupa untuk mendo’ankanmu……’ 

"اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه....."
Ya Allah..berikanlah keampunan kepadanya..rahmatilah dia.. ’afiatkanlah dia..dan ma’afkanlah dia..




-AlFatihah-




Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

No comments:

Post a Comment