Tuesday, October 9, 2018

5 Fakta Menarik Tentang Vitamin C






1. Buah yang tinggi kandungan vitamin C
Bicara tentang vitamin C yang ada di fikiran kita pastilah buah-buahan sitrus seperti buah oren dan lemon. Padahal sebenarnya masih banyak buah dan sayur yang mengandungi lebih banyak vitamin C dibandingkan dengan buah oren dan lemon, antara lain betik, lada benggala, brokoli, dan lainnya.


2. Kadar vitamin C menurun jika disimpan
Berdasarkan keterangan pakar di University of Maryland Medical Centre, memasak dan menyimpan makanan yang mengandungi vitamin C dalam waktu yang lama boleh mengurangkan kadar vitamin C di dalamnya. Untuk itu, sangat baik untuk mengambil makanan yang mengandungi vitamin C ketika masih segar dan mentah.


3. Vitamin C mempengaruhi berat badan
Kebanyakan dari kita tahu vitamin C sangat berkait rapat dengan sistem imunisasi. Namun, tahukah kita vitamin C juga memberi kesan terhadap berat badan? Kajian di Arizona State university mendapati bahawa kekurangan vitamin C pada aliran darah boleh mempengaruhi kemampuan tubuh untuk membakar lemak. Orang yang cukup vitamin c dalam badan mampu membakar lemak hingga 30% lebih banyak dibandingkan mereka yang kekurangan vitamin C!


4. Melindungi kulit
Tidak hanya vitamin E sahaja yang baik untuk kesihatan kulit. Sebuah kajian dari Sweden yang diterbitkan dalam jurnal Acta Derm Venerol juga mengungkap bahawa vitamin C juga efektif untuk melindungi kulit dari sinar matahari. Terutama jika digandingkan dengan vitamin E.


5. Berhenti merokok
Orang yang merokok berkemungkinan lebih tinggi untuk mengalami kekurangan vitamin C. Hal ini disebabkan oleh radikal bebas oleh asap rokok. Rokok akan membuat tubuh menggunakan lebih banyak vitamin C yang terkandung dalam badan dengan lebih cepat. Dengan itu perokok akan lebih cenderung untuk mengalami kekurangan vitamin C.


Nadiah Mahzir,
9 Oktober 2018

Wednesday, November 8, 2017

Facial Soap Mary Jardin





Facial soap @ sabun muka keluaran Mary Jardin tidak seperti sabun biasa di pasaran. Ianya diperbuat daripada bahan yang premium dan semestinya 100% semulajadi!

ingredients Facial Soap Mary Jardin


Fungsi Sabun Muka Mary Jardin
1. Mencuci pori muka
2. Menghilangkan radang
3. Melembapkan kulit
4. Mengurangkan kedutan
5. Menanggalkan sel kulit mati


Kelebihan Sabun Muka Mary Jardin
1. Boleh dijadikan skrub muka
2. Menggunakan susu kambing sepenuhnya dan tiada campuran air
3. Sesuai digunakan untuk mempunyai masalah kulit seperti eczema, psoriasis dan masalah jerawat yang teruk.
4. Mengandungi ekstrak betik yang mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kulit.
5. Diperbuat secara ‘handmade’ dan dikeringkan secara semulajadi tanpa melibatkan teknik ‘hot pressed’.


 
diperbuat secara 'handmade'
dikeringkan secara semulajadi

Sunday, November 5, 2017

[Face oil Mary Jardin] Fungsi dan Kelebihan

Face oil Mary Jardin berwajah baru

Sesuai dengan perkataan ‘face oil’ jika diterjemahkan secara literal bermaksud minyak muka. Bila sebut muka maka sudah tentulah face oil digunakan khas di kulit muka.


Apa sebenarnya fungsi face oil ni?

Face oil Mary Jardin mempunyai fungsi tersendiri iaitu;
1. Mengawal kelembapan kulit
2. Membantu menghilangkan blackheads dan whiteheads
3. Membantu mencegah jerawat
4. Membantu mengelakkan kulit kusam dan tona kulit sekata
5. Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata


Kelebihan dan keistimewaan Face Oil Mary Jardin

1. Tidak membuatkan kulit menjadi berminyak
2. Boleh digunakan sebagai cleanser dan make-up remover
3. Berbau harum daripada bauan pelbagai campuran essential oil termasuklah lavender oil
4. Selamat digunakan oleh ibu hamil kerana bahan kandungannya diperbuat daripada 100% bahan semulajadi dan organik
5. Sesuai dan selamat digunakan oleh semua peringkat golongan termasuklah kanak-kanak


Fungsi Face oil


Nadiah Mahzir
Mary Jardin Trusted Agent,