Saturday, January 12, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 berjaya dan aman



Hari ni hari bersejarah. Himpunan Kebangkitan Rakyat KL 112. Diadakan di Stadium Merdeka. Acara yang bermula sekitar jam 9.00 pagi hari ini tanggal 12 Januari 2012 berakhir sekitar 4.30 petang tadi. Dihadiri mencecah ratusan ribu peserta! Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar! Dengan mendapat kerjasama pelbagai pihak. Terima kasih. 
Himpunan ini bertujuan bagi menyampaikan DEKLARASI yang mengandungi lapan perkara. Bacaan ikrar atau Deklarasi HKR #KL112 itu dibacakan oleh Datuk Saifudin Nasution Ismail dan diulangi oleh sekalian yang hadir termasuk kesemua pemimpin Pakatan yang berada di atas pentas.

Deklarasi itu adalah:
  1. Menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
  2. Menuntut reputasi dan wibawa Felda di selamatkan.
  3. Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diberikan layanan adil dan setara dengan Semenanjung.
  4. Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum.
  5. Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme kakitangan awam.
  6. Menuntut alam sekitar yang bersih dan sihat.
  7. Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan.
  8. Menuntut pembebasan tahanan politik.
  9. Menuntut agar kampung2 tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan.
  10. Menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia.

Nampaknya Alhamdulillah, saya mengucapkan ribuan terima kasih buat siaran Berita Utama TV yang rata-rata tidak menyeleweng fakta sebenar berkenaan perhimpunan ini. Cuma yang menjadi tumpuan utama adalah isu kanak-kanak di bawah umur yang turut sama dibawa pleh penjaga mereka dalam perhimpunan. Apa-apa pun saya  secara umumnya berpuas hati sebagai rakyat Malaysia kerana kerajaan membenarkan rakyat jelata untuk berhimpun secara HALAL! Ini merupakan keadilan yang pastinya sentiasa dinanti-nantikan.

Terima kasih juga tidak terhingga buat encik-encik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang memberi kerjasama yang baik di samping petugas-petugas dari Jabatan Amal Malaysia yang penuh dedikasi. Jazakumullah khaira!

Jabatan Amal Malaysia dapat bekerjasama baik dengan PDRM
Sejumlah petugas Jabatan Amal diperuntukkan bagi memastikan keamanan sepanjang perhimpunan


Selain ucapan dari pimpinan-pimpinan parti Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP), hadirin juga disajikan dengan persembahan dari penyanyi rock iaitu saudara Ito dan juga sasterawan negara A Samad Said.

Sedikit soroton sekitar HKR112:

Birdview ketika berlangsungnya HKR112

Banjiran hadirin yang menyertai perhimpunan:


Polis Diraja Malaysia turut memperakui jangkaan jumlah hadirin yang mencecah ratusan ribu.




Peniaga-peniaga di sekitar turut sama merasa tempias rezeki:




Sedikit kesesakan lalulintas namun Alhamdulillah tiada kekacauan huru hara yang tercetus seperti dalam Bersih 3.0 yang lepas:



Harapannya, moga negara kita bakal berlestarikan keamanan demokrasi serta bertunjangkan kepimpinan Islam. Insya-Allah…

I’tirafkan Pengampunan Buatku Ya Allah


Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu


Album : Syukur 21
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com



Assalamu’alaikum warahmatullah…AllahuAkbar, pejam celik pejam celik sekejap sahaja masa berlalu. Bagaikan tidak terasa. Begitu juga sehari-harian kita ini kekadang bagai tidak terasa dosa yang acapkali kita ulangi. Biarpun sekecil mana pun dosa yang kita lakukan ianya tetap akan diperhitngkan. Buku catitan ‘amal pula serasa seperti dipenuhi calitan noda berbanding pahala kebaikan.

Allahu Rabbi… moga Engkau tetap menghulurkan nusrahMu kepadaku. Aku pastinya tidak mampu untuk mengatur langkah biarpun sejengkal jika hanya berbekalkan ‘amal solehku…

Ya Allah… malunya aku terasa...
Ya Rahman… rasa betapa jauhnya diriku denganMu…
Ya Rahim… masih adakah ruang buatku untuk kembali kepadaMu…