Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

REVIEW: 101 HADIS PENGUBATAN RASULULLAH S.A.W

 

101 HADIS PENGUBATAN RASULULLAH SAW (daripada Sahih Imam al-Bukhari)

“Allah bersih dan suci dan Dia tidak menerima melainkan yang bersih dan suci.” Riwayat Muslim.


Tentang pengarang

Nama penuh pengarang buku yang bertajuk 101 Hadis Pengubatan Rasulullah s.a.w (daripada Sahih Imam al-Bukhari) ini ialah Ahmad Adnan Bin Fadzil. Anak kelahiran Tambun Tulang, Arau, Perlis ini mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Alawiyah, Arau (1986-1989). Kemudiannya, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1992 sehingga memperoleh ijazah pertama dalam Fakulti Syariah Undang-undang (Bahagian Perundangan Islam) pada penghujung tahun 1997. 

 Beliau merupakan pengamal Thib Nabawi (pengubatan sunnah Nabi SAW). Menurutnya, penglibatannya dalam Thib Nabawi (pengubatan Nabi SAW) bermula sejak beliau mengenali Tuan Haji Ismail bin Ahmad iaitu seorang pakar dalam bidang herba pengubatan Melayu dan pengasas Herba Penawar Al-Wahida (HPA) Sdn. Bhd. Melalui kuliah-kuliah pengubatan yang diikuti dikenali sebagai Kuliah Pengubatan Jawi (KPJ), di sana banyak mengupas tentang kelebihan kaedah rawatan dan ubat-ubatan yang ada dalam Al-Quran dan as-Sunnah seperti bekam, madu, habbatus-sauda’, zaitun dan sebagainya[1].

Apa yang menambahkan lagi komitmen penulis dalam bidang Thib Nabawi ini adalah kerana dia seringkali dijemput untuk mengisi slot-slot di dalam kursus Sijil Herbalis anjuran HPA Industries Sdn. Bhd. Antaranya slot tentang adab-adab perawatan dalam Islam, hadis-hadis pengubatan (at-Thib) daripada kitab-kitab hadis dan pengubatan secara ar-Ruqyah asy-Syar’iyah (yakni pengubatan melalui ayat-ayat al-Quran serta zikir-zikir dan doa-doa yang ma’thur daripada Nabi SAW). Atas faktor inilah yang mendesak penulis untuk mengakaji secara serius hadis-hadis Nabi yang berkaitan dengan pengubatan di samping membaca kitab-kitab karya ulama yang khusus membahas tentang pengubatan Nabi terutamanya Kitab at-Thib an-Nabawi tulisan Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah. 

Antara yang sedang diusahakan penulis adalah menghimpunkan hadis tentang Thib Nabawi yang ada dalam kitab-kitab hadis yang muktamad merangkumi yang sahih, maudhu’. Adapun hadis-hadis sahih untuk diamalkan manakala hadis dhaif untuk dijadikan peringatan bersama. Selain menghimpun hadis-hadis, beliau juga berusaha untuk membuat terjemahan dan membentangkan huraian ulama-ulama hadis tentang maksud hadis untuk mengelak daripada berlakunya salah faham terhadap maksud sebenar hadis. 

Sebagai langkah awal, penulis bertindak mengumpulkan hadis-hadis Thib Nabawi yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari kerana kedudukan kitab tersebut adalah yang paling muktamad kesahihannya. Setelah berjaya mengumpul, menterjemah dan menghurai hadis-hadis (terdapat lebih 100 hadis), beliau bacakannya pula di hadapan guru yang membimbingnya yakni Khadim al-Fiqh wa al-Isnad Syeikh Muhammmad bin Abduh bin Sulaiman al-Ahdal, seorang ulama dari Yaman. Ini merupakan satu langkahnya untuk menyemak lafaz-lafaz hadis dan pembetulan terjemahannya. Beliau juga telah memohon sanad gurunya itu bagi Sahih al-Bukhari dan telah diperkenan kepadanya untuk diijazahkan kepada sesiapa yang inginkannya. Di hujung buku ini, penulis tidak lupa untuk sertakan sanadnya.  
   

Penerbit buku

Penerbit bagi buku 101 Hadis Pengubatan Rasulullah SAW ini adalah Telaga Biru Sdn. Bhd. Cetakan pertama buku ini adalah pada April 2013. Ianya dicetak oleh Times Offset Malaysia Sdn. Bhd., Shah Alam.

 
Kandungan Buku

Antara yang menarik dalam buku setebal 240 halaman ini adalah “Fakta tentang kesihatan Rasulullah SAW” dan semestinya yang utama adalah kandungan hadisnya. Terdapat 103 hadis semuanya yang terdiri daripada hadis-hadis sahih. Ianya dibahagikan kepada lima bahagian besar:

Bahagian Pertama:
Hadis-hadis tentang Amalan Pemakanan Nabi.
Amalan Pemakanan Nabi.

Bahagian Kedua:
Hadis-hadis tentang Makanan Pilihan Nabi.
Makanan Pilihan Nabi-Sunnah Seiring Manfaat.

Bahagian Ketiga:
Hadis-hadis tentang Sakit dan Orang Sakit
Membina Tasawwur Positif

Bahagian Keempat:
Hadis-hadis Tentang Kaedah dan Amalan Pengubatan Nabi (ath-Thib an-Nabawi)
Pengubatan Kenabian
Konsep Pengubatan Nabi

Bahagian Kelima:
Hadis-hadis Tentang Pengubatan Ilahiyah
Pengubatan Ilahiyah; Ruqyah Syar’iyah

Selain itu, terkandung dalam buku ini juga Sanad Kitab Sahih al-Bukhari
(ada 28 rantaian perawi termasuk penulis) dan juga Sanad ‘Ali r.a kepada Imam al-Bukhari (ada 15 rantaian perawi).


Sisi pandang daripada buku

Buku mengenai pengubatan Islam ini sangat segar bagi cara penulisan hari ini. Ianya mesra pembaca dengan cara penulisan yang mudah difahami berserta elemen penyampaian yang menarik mata untuk memandang. Bagi saya penyampaian cara ini harus diperbanyakkan. Hal ini kerana hakikat insan-insan di luar sana bukanlah daripada latar belakang pendidikan agama. Ada yang ingin berjinak-jinak namun melihatkan sokongan sekeliling daripada keluarga, rakan dan persekitaran yang tidak banyak membantu membuatkan usaha murninya terbantut. Ditambah pula dengan koleksi bahan bacaan yang sangat tinggi jangkauan akalnya membuatkannya berasa gerun untuk berubah. Islam itu mudah, dan seharusnya ahli-ahli akademik cuba meringankan beban perasaan insan-insan di luar sana.

Selain daripada aspek penyampaiannya, buku ini sangat berguna kepada kita kerana ia menyajikan;
·         Hadis-hadis pilihan yang menggambarkan pemakanan Nabi SAW secara sempurna.
·         Maklumat-maklumat saintifik berkaitan hadis tersebut disampaikan secara ringan dan mudah untuk difahami awam.
·         Memudahkan pemahaman pembaca dengan gambar rajah, carta dan tip-tip yang berguna.

Pada perkiraan saya, buku ini sangat sesuai menjadi bahan rujukan pembaca. Usah lagi terlalu banggakan dan mengangkat bahan-bahan bacaan barat tentang pengubatan dan diet yang baik untuk kesihatan. Sedangkan sudah jelas lagi terang dalam Islam sendiri punya sumber yang kukuh daripada Nabi SAW tentang aspek pemakanan dan pengubatan ini. Sebagai contoh ilmu barat yang bertentangan dengan ilmu Islam adalah pemakanan pencuci mulut terutama buah-buahan. Menurut sumber barat kita harus makan buah-buahan selepas makan makanan berat. Sedangkan dalam ilmu Islam ianya bertentangan. Pengambilan buah-buahan haruslah sebelum bagi mendapatkan khasiat yang maksima.

Sebenarnya sangat banyak diet-diet pemakanan yang diajarkan Nabi SAW dan semestinyalah makanan-makanan sunnah merupakan yang terbaik. Tidak perlu kita agung-agungkan makanan barat seperti soya sedangkan dalam Islam kita dianjurkan untuk meminum susu kambing. Terbukti secara saintifik bahawa pengambilan susu soya menambah masalah penyakit terutama kepada wanita ianya melemahkan rahim. Manakala pengambilan susu kambing membantu menguatkan imunisasi badan juga menghalang penyakit kuning kepada bayi yang baru dilahirkan. Begitu juga tidak perlu kita terlalu bangga-banggakan dengan collagen dan sebagainya. Sedangkan di sisi Islam terdapat rawatan yang lebih baik iaitu dengan pengambilan minyak zaitun dan rumman (buah delima) ianya insyaAllah dapat membantu dalam merawat sel-sel kulit yang telah rosak.

Masya-Allah, indahnya Islam ini dipenuhi dengan elemen-elemen yang baik dari segenap aspek. Tinggal lagi kita sebagai umatnya untuk menghargai setiap khazanah ini dan mengamalkannya. Diharap penyampaian ilmu-ilmu Islam seiring dengan sunnah baginda ini dapat diperluaskan lagi penyampaiannya agar setiap umat Islam.


[1] Ahmad Adnan b. Fadzil, 101 Hadis Pengubatan Rasulullah SAW (daripada sahih al-Bukhari), 2013. Hlm. XIII-XIV.



Srikandi Al-Azwar
nur_mylp@yahoo.com/ nadiahmahzir@gmail.com


Monday, February 4, 2013

Filem Syahadat Cinta best!




Filem ini merupakan sebuah adaptasi dari novel Trilogi Islami "Ma'rifat Cinta" iaitu Syahadat cinta, Musafir Cinta dan Makrifat Cinta karya Taufiqurrahman Al-Azizy. Filem arahan sutradara Indonesia, Gunawan Paggaru, ini sebenarnya sudah lama berada di layar perak iaitu sekitar Ogos 2008.

Apabila drama bersiri mengenai novel ini turut release di Malaysia di TV Al-Hijrah saya merasakan teruja untuk berkongsi mengenai novel dan filem ini. Mana tidaknya, sebagai peminat hiburan berunsur Islami ini, saya merasakan ianya satu perkembangan yang baik dalam industri hiburan tanah air. Justeru itu, rasanya tidak salah jika kita cuba hayati juga filemnya ini. Apatah lagi filem ini jalan ceritanya tidak banyak bezanya dengan jalan cerita di novel tersebut. Moga drama Syahadat Cinta juga tidak mengecewakan hati penonton! ^_^  

Drama Syahadat Cinta di TV Al-Hijrah



Alhamdulillah wa syukur lillah…

Hari ini dapat lagi kita merasa segarnya udara memasuki rongga nafas kita. semua ini atas rahmat Allah yang tidak terhingga kepada kita. Alhamdulillah…

Sedikit review, pengenalan, perbandingan dan sinopsis ingin saya kongsikan di sini. Drama ini sedang ditayangkan di TV Al-Hijrah pada setiap Selasa jam 10 malam. Lihat promo drama Syahadat Cinta di bawah ini:



Review: 


Apabila melihat bingkisan drama ini, saya dapati tidak terlalu banyak bezanya dengan Filem Syahadat Cinta (boleh lihat sinopsis filem di sini). Filem dan drama Syahadat Cinta ini kedua-duanya merupakan adaptasi daripada novel Syahadat Cinta (klik sini untuk lihat sinopsis novel) tulisan penulis tersohor Indonesia saudara Taufiqrahman Al-Azizy. 



Secara kasarnya, penerbit drama masih mengekalkan penampilan watak serta susur cerita yang sama. Cuma yang menjadi perbezaan ketara adalah lokasi penceritaan. Namun, secara keseluruhannya aspek-aspek dan nilai cerita tersebut masih dikekalkan.

Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan kepada penerbit drama, pengarah dan barisan pelakon yang membawa cerita tersebut dengan baik sekali. Saya amat berharap cerita-cerita yang sarat dengan mesej Islam seperti ini terus maju ke hadapan sebaris dengan drama-drama dan filem-filem yang kurang unsur Islamiknya.

Tahniah juga TV Al-Hijrah kerana telah berjaya dan menguasai tayangan rancangan dan cerita-cerita yang berunsur Islamik. Syabas! Sesungguhnya, saya amat pasti ramai penonton di luar sana yang sangat dambakan rancangan-rancangan sebegini. Bagi yang tidak dapat siaran TV Al-Hijrah bolehlah menonoton secara online TV Al-Hijrah dengan klik gambar di bawah ini. 


 
Web Rasmi TV Al-Hijrah


Sedutan sinopsis Drama Syahadat Cinta:

Iqbal merupakan anak tunggal kepada Kamarul Ariffin dan Mazni. Iqbal memiliki segala kemewahan yang memungkinkan dia menikmati apa sahaja kehendaknya. Namun semuanya berubah apabila ibunya terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara sikap pemabuk Iqbal yang telah melanggar ibunya dengan tidak sengaja ketika memandu untuk keluar dari rumah.

Iqbal amat menyesali perbuatannya, dan akhirnya bersetuju untuk mengikut nasihat bapanya untuk ke pondok Al-Amin. Selama 2 bulan berada di sana, Ustaz Abdullah Sidiq hanya menyuruh Iqbal mengambil air di tasik dan penuhkan ke dalam kolah. Iqbal amat marah dan rasa hilang kesabarannya. Ustaz Abdullah menasihati Iqbal supaya bersabar kerana sabar itu adalah sebahagian dari IMAN.

Bermulalah travelog tarbiah Iqbal apabila dia menanam azam untuk berkelana demi mencicip lautan ilmu di bumi Tuhan.

>> Untuk baca sambungan sinopsis (penuh), klik Sinopsis Drama Syahadat Cinta.
>> Dan terokai sedutan Filem Syahadat Cinta (Indonesia) di sini.