Wednesday, November 8, 2017

Facial Soap Mary Jardin





Facial soap @ sabun muka keluaran Mary Jardin tidak seperti sabun biasa di pasaran. Ianya diperbuat daripada bahan yang premium dan semestinya 100% semulajadi!

ingredients Facial Soap Mary Jardin


Fungsi Sabun Muka Mary Jardin
1. Mencuci pori muka
2. Menghilangkan radang
3. Melembapkan kulit
4. Mengurangkan kedutan
5. Menanggalkan sel kulit mati


Kelebihan Sabun Muka Mary Jardin
1. Boleh dijadikan skrub muka
2. Menggunakan susu kambing sepenuhnya dan tiada campuran air
3. Sesuai digunakan untuk mempunyai masalah kulit seperti eczema, psoriasis dan masalah jerawat yang teruk.
4. Mengandungi ekstrak betik yang mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kulit.
5. Diperbuat secara ‘handmade’ dan dikeringkan secara semulajadi tanpa melibatkan teknik ‘hot pressed’.


 
diperbuat secara 'handmade'
dikeringkan secara semulajadi

Sunday, November 5, 2017

[Face oil Mary Jardin] Fungsi dan Kelebihan

Face oil Mary Jardin berwajah baru

Sesuai dengan perkataan ‘face oil’ jika diterjemahkan secara literal bermaksud minyak muka. Bila sebut muka maka sudah tentulah face oil digunakan khas di kulit muka.


Apa sebenarnya fungsi face oil ni?

Face oil Mary Jardin mempunyai fungsi tersendiri iaitu;
1. Mengawal kelembapan kulit
2. Membantu menghilangkan blackheads dan whiteheads
3. Membantu mencegah jerawat
4. Membantu mengelakkan kulit kusam dan tona kulit sekata
5. Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata


Kelebihan dan keistimewaan Face Oil Mary Jardin

1. Tidak membuatkan kulit menjadi berminyak
2. Boleh digunakan sebagai cleanser dan make-up remover
3. Berbau harum daripada bauan pelbagai campuran essential oil termasuklah lavender oil
4. Selamat digunakan oleh ibu hamil kerana bahan kandungannya diperbuat daripada 100% bahan semulajadi dan organik
5. Sesuai dan selamat digunakan oleh semua peringkat golongan termasuklah kanak-kanak


Fungsi Face oil


Nadiah Mahzir
Mary Jardin Trusted Agent,


Wednesday, November 1, 2017

7 Petua Mudah Hilangkan Parut dan Jerawat





Dalam dunia ni, sebut saja jerawat semua orang tau apa kebendanya tu. Jerawat ni famous sangat sebab tak lainnya adalah suatu kejadian yang normal dan mudah nampak di mana-mana. Setuju?

Jerawat muncul seawal remaja dan selalunya melibatkan perubahan hormon. Oleh kerana seawal awal remaja ia muncul, jika tidak ditangani dengan baik sebab itulah mudah menjadi hal yang lain pula. Iaitu parut huhu.

Saya sendiri alami masalah parut jerawat yang sangat degil. Degil tahap ambil masa bertahun-tahun untuk hilang huhu. Memang boleh rasa down bila parut penuh di muka. Tambah-tambah kalau pekerjaan seharian kita perlu selalu berhadapan dengan orang ramai.

Baiklah, di sini saya ingin kongsikan beberapa petua yang saya sendiri pernah ‘eksperimen’ pada kulit ni hihi. Malah ada antara bahan-bahan ni mudah sangat nak kita dapati dari ceruk dapur.



Kunyit hidup

1. Kunyit
Tumbuk-tumbuk kasar kunyit hidup dan tepek di bahagian jerawat atau tempat yang berparut tu. Biarkan kunyit tersebut kering sendiri pada kulit. Cuma nanti akan memberi kesan kekuningan pada kulit. Jadi disarankan nak guna cara ni waktu hujung minggu la ya ;)




2. Serbuk Kulit Kayu Manis
Cara ni pun mudah. Ambil serbuk kulit kayu manis di dapur tu. Sesudu kecil sudah memadai. Boleh dicampurkan dengan bedak sejuk. Kacau-kacau sekata kemudian tepek di bahagian berjerawat dan berparut tu. Haa cara ni best tau, cumanya tak disarankan pakai semalaman. Nanti…kulit akan jadi kering sangat dan merah-merah. Jadinya kalau nak pakai tu cukuplah sekadar setengah jam ke sejam. It’s enough ;)




3. Tomato
Petua ni pun best tau. Tomato sebiji tu berapa sen sangat kan. Lagipun bukan nak pakai sampai sebiji. Cukup sekadar setengah biji tomato yang sederhana besar tu.

Bagaimana caranya? Mudah saja. Tomato yang dah dibelah separuh tadi, belah jadikan suku. Kemudian boleh sapu-sapu manja di kulit tu. Urut di wajah sampai la tomato tu jadi mengecut dan meleper. Sampai habis la isinya tu senang cerita. Suku lagi tu nak buat apa? Boleh simpan dalam bekas dan letak di bahagian sejuk beku peti ais tu. Esok buat lagi pakai tomato ais pula. Best kan ;)



4. Lidah buaya
Haa cara ni rasanya ramai yang dah pernah buat. Tambah-tambah bebudak kampung. Lidah buaya yang tumbuh dekat dalam pasu mak tanam tu biasa dah kan kita patahkan kemudian lurut di kulit muka ni ;).

Sekarang ni siap mudah lagi ada yang jual pati lidah buaya. Import dari Pulau Jeju Korea tuuu. See, orang Korea pun guna cara tradisional macam kita kat sini. Tetapi kena hati-hati tau, pastikan cari yang pure dan original la ya. Say NO to barang Tiruan!



5. Lemon dan Vitamin C


Bahan ni pun mudah nak apply. Tetapi sesetengah tempat lemon agak mahal. Tapi okey la kan, bukan nak guna banyak. Cukup sekadar sehiris dua. Kemudian perahkan jusnya tu dan sapu di seluruh muka. Balance dari lemon tu boleh guna buat air detox. Untung kan ;)



Kalau tak nak guna lemon, anda boleh guna tablet vitamin c. Haa jangan tak tahu selain daripada kita telan tablet vitamin c, ianya juga boleh digunakan terus pada kulit. Caranya? Hancurkan dulu jadikan serbuk kemudian larutkan sikit dengan air dan tepek. Senang kan ;) 




6. Face Oil dan Face Steaming/ Wap muka
Mungkin ada yang terlintas di fikiran kaedah face steaming memerlukan alat face steamer. Ya betul tetapi kaedah ini juga boleh dilakukan tanpa menggunakan steamer tau.

Macam mana tu? Mudah saja, anda hanya perlu sediakan air panas di dalam sebuah mangkuk. Kemudian, anda hanya perlu tekupkan wajah anda ke arah mangkuk yang penuh dengan wap panas tadi. Tapi tapi tapi… untuk mendapatkan kesan yang terbaik, sapukan dan urutkan wajah anda terlebih dahulu dengan beberpa titik face oil. Kalau anda tiada face oil? Boleh saja gunakan minyak zaitun atau minyak argan. Kemudian, tekupkan wajah anda dengan tuala agar wap terus tertumpu kepada wajah anda.


Kaedah face steaming ini bertujuan untuk membuka liang-liang pori pada kulit wajah anda. Manakala penggunaan face oil dalam kaedah ini sebagai ‘pelincir’ bagi mengeluarkan segala kotoran yang tersumbat dalam liang pori tu ;)






7. Yogurt dan Clay Mask
Petua terakhir ini memang best giler! Dengan mencampurkan yogurt (sila guna perisa natural) dengan clay mask kesannya memang superb! Bukan saja boleh bantu mengecutkan jerawat yang merah menyala tu, tetapi juga boleh buatkan kulit anda terasa licin macam kulit baby! Ni memang serius. Anda wajib cuba tau.

Bahan-bahan dalam clay mask sendiri memang sifatnya seperti ‘magnet’ yang menarik segala blackheads dan whiteheads yang tersumbat di liang pori. Jerawat yang tengah mendidih tu pun pastinya teransang untuk meletus dan mengecut. Seterusnya membantu membersihkan liang pori anda secara optimum. Bila liang pori bersih suci haruslah jerawat pun takut nak mendekat lagi kan ;) 

Mary Jardin clay mask of course is the best! 


SELAMAT MENCUBA!!


Nadiah Mahzir,




Tuesday, October 31, 2017

Kenali Apa Itu Serum

Anda tak sendirian jika tak mempunyai idea apa itu serum. Ia melembapkan, tetapi anda masih memerlukan pelembap. Ia boleh jadi berminyak, tetapi ia tidak semestinya face oil. Ia boleh berair, tapi adakah ia essence? Begitu banyak persoalan!


Apa itu serum?
Serum adalah produk penjagaan kulit yang anda boleh pakai pada kulit anda selepas bersihkan muka tetapi sebelum memakai pelembap. dengan niat untuk menyampaikan ramuan kuat terus ke dalam kulit. Serum sangat sesuai untuk tugas ini kerana ia terdiri daripada molekul yang lebih kecil yang boleh menembusi jauh ke dalam kulit dan menyampaikan kepekatan bahan aktif yang sangat tinggi. Ini menjadikan mereka alat yang hebat untuk menyasar kebimbangan penjagaan kulit tertentu, seperti keriput. Selamat tinggal, tanda-tanda penuaan!

Adakah serum pelembap?
Ya dan tidak. Serum boleh menjadi penuh dengan bahan pelembap (asid hyaluronik, ceramida) untuk membantu kulit mengekalkan kelembapan. Tetapi, itu tidak menjadikan mereka pelembab dalam pengertian tradisional. Losyen wajah dan krim lebih kaya dan mencipta halangan di atas kulit untuk menjaga semua barangan yang baik itu.


Berapa kerapkah sepatutnya menggunakan serum?
Nah, ini semua bergantung kepada serum. Baca label, tetapi sekali sehari mungkin sudah mencukupi bagi kebanyakan jenis serum.


Apakah perbezaan antara serum dan face oil?


Soalan yang baik. Serum tradisional adalah berasaskan air. Semakin berkembang teknologi kecantikan, terdapat banyak pilihan jenis serum dan face oil di pasaran. Namun, sebagai pengguna anda boleh membuat pilihan inginkan serum yang water-based atau oil-based. Serum yang berasaskan air lebih mudah menyerap dan lebih mesra sebagai asas sebelum memakai sebarang solekan. Dan sudah semestinya serum yang berasaskan air mempunyai molekul yang lebih kecil berbanding serum berasaskan minyak. Hal inilah yang membantunya untuk menyerap dengan kadar lebih tinggi!

Namun begitu, bagaimana pula dengan face oil? Nama sudah berbeza dan sudah semestinya fungsinya juga berbeza. Face oil atau minyak muka. Daripada namanya kita sudah maklum bahawa face oil semestinya berasaskan minyak. Penggunaan face oil sebagai salah satu langkah penjagaan muka sekarang ini menjadi trend dan mendapat permintaan tinggi! Face oil kini boleh menggantikan fungsi krim pelembap di pasaran. Dan kajian telah membuktikan penggunaan face oil pada kulit lebih mesra pengguna kerana nutrisi yang terkandung di dalamnya dapat menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik.


Bagaimana pula dengan ‘essence’? Adakah essence itu serum?
Pada dasarnya, berdasarkan dalam rutin (selepas pembersihan, sebelum melembapkan) dan fungsinya (keperluan penjagaan kulit yang disasarkan selain penghidratan ringkas) serum dan pati (essence) sangat serupa. Jika ada berbeza mungkin dari segi tekstur; Serum adalah lebih baik dan lebih tertumpu, manakala essence mempunyai tekstur yang lebih cair. Walau bagaimanapun, sebahagian besarnya kedua-duanya berbeza di dalam pasaran dari segi fungsi dan khasiatnya.


Adakah serum baik untuk kulit anda?
Kemungkinan besar ya. Kenali keadaan dan keperluan kulit anda terlebih dahulu. Jadi carilah serum yang mempunyai bahan dan khasiat yang kulit anda perlukan. Jika kulit anda..


Berjerawat: Anda perlukan vitamin C - untuk meningkatkan pengeluaran kolagen, meningkatkan proses pembaikan kulit, dan mengurangkan keradangan), retinol (juga antioksidan, mengurangkan keradangan), zink (kerengsaan menenangkan, mengawal pengeluaran minyak), dan asid salisilik (liang tidak tersembunyi) .

Kering: Anda perlukan vitamin E - yang bertindak sebagai antioksidan, melindungi sel-sel daripada kerosakan oksidatif), niacinamide (meningkatkan keanjalan kulit, meningkatkan tahap ceramid dalam kulit), asid glikolik (perlahan-lahan mengelupas dan menghilangkan perubahan warna), dan asid hialuronik (mengekalkan kelembapan).

Penuaan: Cari serum yang mempunyai antioksidan seperti ekstrak teh hijau, resveratrol, asid ferul (radikal bebas pertempuran ini, meningkatkan keberkesanan tabir surya pada siang hari, dan sediakan perbaikan dan penyembuhan selular pada waktu malam).

Kulit sensitif: Kerana serum super kuat, banyak dari segi kuantiti tidak selalu lebih baik. Ramuan yang kuat boleh merengsakan kulit sensitif. Namun, ramuan yang seimbang di dalam satu satu serum sudah semestinya akan membantu melegakan kulit sensitif secara lebih optimum ^_^ 


Jika anda mencari serum yang premium dan memenuhi keperluan-keperluan kulit semestinya, serum Mary Jardin pasti buatkan anda jatuh hati! Anda cubanya pasti jatuh cinta ;)




Nadiah Mahzir,
Mary Jardin Lover,
www.wasap.my/60134427708   



Monday, October 23, 2017

Alergik kepada sesuatu. Normalkah?


Ramai yang tertanya-tanya mengenai alergik.. 
Pakai skincare natural & organic pun boleh still alergik ka?
Makan supplement yang natural based pun boleh dapat alergik??

Yang sebenarnya perlu difahami bahawa alergik kepada sesuatu adalah perkara normal. Ada orang alergik dengan makanan laut, ada org alergik telur, ada org alergik susu, ada orang alergik dengan habuk, ada orang alergik kucing, ada orang alergik burung, ada orang alergik bunga, ada orang alergik susu, ada orang alergik kekacang, ada orang alergik debunga...Pendek kata, walaupun bahan-bahan semulajadi dan sumber alam skalipun, memang lumrahnya jika seseorang punya alergik tersendiri.

Kalau sumber-sumber natural/organic/asli pun manusia boleh alergik, apatah lagi yang bukan semulajadi/natural atau yg chemical-based. Huhu...
Sebagai contoh, produk Mary Jardin sendiri menggunakan bahan dari sumber bumi yg asli & natural + organic. Dan sudah tentu tidak menghairankan terdapat pengguna yang alergik kepada salah satu bahan yang digunakan. Sebenarnya semua tu bergantung kepada tindak balas badan kita juga. Apa yang penting kita berusaha untuk sembuh, pada hakikatnya Allah Yang Maha Menyembuhkan..


Mary Jardin product's ingredients




Nadiah Mahzir,
Lavender Lover,

Baiti Jannati.