Friday, October 14, 2016

Shaklee Lover

Assalamualaikum. Saya adalah pengguna setia Shaklee dan merupakan pengedar sah Shaklee di Malaysia

Kenapa saya memilih untuk bersama Shaklee?

  •         Shaklee mempunyai produk yang diiktiraf seluruh dunia!
  •        Shaklee mengeluarkan produk berkualiti tinggi dan bersifat natural product!
  •         Shaklee merupakan produk bebas bahan terlarang dan HALAL!
  •        Shaklee membuka minda saya untuk belajar tentang ilmu makanan dan pemakanan!
  •         Shaklee menyediakan diskaun khas untuk setiap ahli dan setiap bulan pasti ada promosi untuk dapat diskaun lebih!! ^_^
  •        Shaklee menjanjikan pulangan wang tunai kepada saya setiap bulan!
  •         Shaklee memberi peluang untuk saya berbisnes dan menjana pendapatan!
  •        Shaklee membuka ruang untuk saya meluaskan jaringan bisnes, business networking!

    Macam-macam sebab lagi.. Tetapi apa yang paling penting, alhamdulillah kini saya lebih sihat setelah memilih produk Shaklee!
     
    Bagaimana ingin membuat pesanan?

Kawasan Cash on Delivery (CoD) saya di sekitar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Bangi Avenue, Nilai, dan Bangi. Pada waktu pejabat kawasan CoD saya di sekitar Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai.
Penghantaran ke seluruh negara melalui POSLAJU atau GDEX.


Saudara dan saudari boleh hubungi saya di talian 013-4427708 (Nurulnadiah Mahzir) atau melalui FB untuk dapatkan vitamin dan mana-mana produk Shaklee yang anda sukakan tu. ^_^
Saya bersedia memberi konsultasi secara EKSLUSIF dan berterusan untuk semua customer saya.


I am Your Shaklee Independent Distributor!
Saya sedia memberi konsultasi terbaik kepada anda! 
Saya sudah merasai kenikmatan bersama SHAKLEE dan ingin mengajak anda bersama merasainya. (^_^)

~SIHAT BERSAMA SRIKANDI~


Koleksi Kertas Soalan Bahasa Inggeris Sekolah Rendah


Assalamualaikum.

Di sini saya kongsikan beberapa koleksi Soalan Bahasa Inggeris sekolah rendah (primary school). Kertas soalan ini ada yang merupakan gubalan saya untuk anak-anak murid saya dan ada juga simpanan kertas soalan contoh yang pernah saya gunakan sebagai rujukan daripada laman-laman sesawang guru.

Para guru/ ibu bapa/ pelajar boleh klik setiap link (dalam kurungan) di bawah untuk DOWNLOAD kertas-kertas soalan tersebut.

InsyaAllah post ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk pertambahan kertas soalan. Moga bermanfaat! ^_^

YEAR 1
Final Exam:

YEAR 2
Final Exam:

YEAR 3
Mid Semester Exam:

Final Exam:


##Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui:


Thursday, October 13, 2016

1 Rumah 1 Omega Guard



Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Banyak Kebaikan dan keistimewaan Omega Guard Shaklee ini. Ia boleh diamalkan untuk seisi keluarga. Sepatutnya setiap rumah wajib ada sebotol minyak ikan Omega Guard ini. 

Mengapa saya kata wajib 1 rumah 1 Omega Guard?

Friday, October 7, 2016

Pesona Wanita: Surah Yusuf Ayat 25



وَاسُتَبَقَا الْبَابَ وَقَدَّتْ قَمِيصَهُ مِن دُبُرٍ وَأَلْفَيَا سَيِّدَهَا لَدَى الْبَابِ قَالَتْ مَا جَزَاء مَنْ أَرَادَ بِأَهْلِكَ سُوَءًا إِلاَّ أَن يُسْجَنَ أَوْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu menarik baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan yang mengoyakkan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tidak ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyeksanya.”

Pesona Wanita: Surah Yusuf Ayat 24


وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ وَهَمَّ بِهَا لَوْلا أَن رَّأَى بُرْهَانَ رَبِّهِ كَذَلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاء إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ
 Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.

Thursday, October 6, 2016

Pesona Wanita: Surah Yusuf Ayat 23




وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَن نَّفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الأَبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ قَالَ مَعَاذَ اللّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ إِنَّهُ لاَ يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ
Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".

Wednesday, May 11, 2016

Pesona Wanita: Pengenalan


“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”
(QS Ali Imran [3]: 14).

Tuesday, May 10, 2016

Orientalisme: Ancaman terhadap orang Islam


Sesungguhnya, Orientalis menjadikan diri mereka sebagai pelopor kepada ilmu Islam dan kajian tentangnya. Kajian mereka hanyalah mengikut kehendak hati mereka semata-mata tanpa mengambil kira kebenaran kajian tersebut. Majoriti mereka yang mendokong pemikiran ini bermatlamat untuk merosakkan Islam dan mendustakan kebenaran yang ada pada agama Islam.

Orientalisme: Tujuan dan matlamat


Matlamat orientalisme sejak mula-mula penubuhannya adalah untuk melindungi dan menghalang masyarakat Barat dan Kristian daripada terpengaruh dengan agama Islam. Mereka memburuk-burukkan agama Islam dan menutup kebaikan yang berkaitan dengan Islam dan selain itu mereka membuat kajian serta membuat pelbagai dakwaan yang mengandungi segala dusta terhadap akidah dan syari’ah serta sumber-sumber Islam. Mereka melakukannya adalah untuk melemahkan pegangan yang ada dalam diri umat Islam itu sendiri dan berkeinginan untuk mengkafirkan mereka. Mereka juga menjadi pengikut para penjajah dan membantu mereka untuk memudahkan operasi jajahan tersebut. Kerjasama antara orientalis dan penjajah sangat mempengaruhi pergerakan mereka untuk menguasai negara dan umat Islam.

Saturday, May 7, 2016

Orientalisme: Faktor-Faktor Penubuhan Gerakan

Jika kita rujuk semula kepada perbincangan mengenai sejarah kemunculan orientalisme yang telah dibicarakan sebelum ini, telah didapati bahawa terdapat dua sudut yang perlu diberi perhatian iaitu:

Orientalisme: Pengenalan

Orientalisme atau dalam bahasa Arabnya disebut “Al-Istisyraq" adalah ilmu tentang Timur atau hal Ehwal Ketimuran. Secara jelasnya, ia adalah kegiatan atau pengkajian berhubung dengan ehwal Ketimuran, sejarah, keyakinan penduduk di sebelah Timur, susun lapis penduduk, lokasi, persekitaran tabi'enya, bahasa, gaya pertuturan, watak dan syakhsiah mereka. Secara umumnya, kajian ini menyelidiki aliran pemikiran tradisi dalam pelbagai bentuk, untuk pelbagai tujuan.

Friday, May 6, 2016

Alam Barzakh: Dalil Mengenai Azab Kubur Dalam Al-Qur’an






Pensabitan azab kubur di dalam al-Qur’an telah dijelaskan oleh para ulama tafsir yang muktabar lagi masyhor. Mereka itu termasuklah Imam al-Qurtubi, Ibnu Kathir, Imam Muhammad ar-Razi Fakhr al-Din dan lain-lainnya menyebut perkara tersebut dan kewajipan beriman dengannya di dalam kitab-kitab mereka.

Wednesday, May 4, 2016

RICH KITCHEN [home bakery]

Alhamdulillah ‘ala kulli haal…
Allah izinkan kita untuk terus menghirup udara segar untuk hari ini… Alhamdulillah
Allah izinkan juga kita untuk bekerja mencari rezeki kerana-Nya… Alhamdulillah
Alhamdulillah kini saya setapak melangkah dengan mengusahakan 
RICH KITCHEN BAKERY!

Ringkasan Drama: JASMINE (Slot Zehra TV3)

Drama ‘JASMINE’ membawa kisah seorang gadis bernama Jasmine yang telah terlanjur dengan kekasih zaman remajanya iaitu Ryan. Mereka berdua dibesarkan dengan penuh kemewahan. Jasmine anak tunggal dalam keluarganya. Apa yang diinginkan semuanya dapat. Kecuali satu. Kasih sayang dan perhatian kedua orang tuanya. 

Tuesday, May 3, 2016

[Hadis] Alam Barzakh: Hadis berkaitan roh di alam barzakh



Beberapa persoalan berkisar mengenai nafs (jiwa) dan roh. Sebahagiannya menganggap roh akan mati kerana ia termasuk dalam kategori jiwa. Ini kerana setiap jiwa pasti akan mengalami kematian. Allah berfirman yang bermaksud:

“Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa”[1]






Saturday, April 30, 2016

[Hadis] Alam Barzakh: Siapa yang terselamat dari soal jawab kubur


Siapa yang terselamat dari soal jawab kubur?

1. Orang yang mati syahid.

Dari Rasyid bin Sa’ad  dari beberapa sahabat Nabi, disebutkan bahawa seseorang bertanya kepada Nabi yang bermaksud:
“Wahai Rasulullah, mengapa orang-orang beriman akan diuji dalam kubur, kecuali para syuhada?” Baginda menjawab, “Kilatan pedang yang berkelibat di atas kepala mereka (para syuhada) sudah cukup menjadi ujian bagi mereka.”[1]

Thursday, April 28, 2016

[Hadis] Alam Barzakh: Adakah Azab Kubur Berterusan?

Image result for pelepah tamar
Pohon tamar


Ibnu Qayyim al-Jauziyah[1] menyatakan bahawa azab itu ada dua macam iaitu azab yang tetap dan azab yang terputus Azab yang tetap berdasarkan ayat firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh)”.[2]

Walau bagaimanapun dengan kehendak Allah SWT azab boleh diringankan berdasarkan beberapa hadis Nabi SAW. Antaranya:

[Hadis] Alam Barzakh: Hadis Yang Menunjukkan Azab Kubur


Berita dan khabar yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersumber daripada wahyu Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Oleh kerana itu, setiap hamba Allah Ta‘ala wajib mempercayainya dan beriman dengannya. Inilah i'ktiqad orang-orang Islam.
Maka banyak hadis-hadis shahih yang diriwayatkan oleh periwayat-periwayat hadis yang masyhur seperti al-Bukhari dan Muslim secara terang-terang menyebutkan tentang sabitnya kewujudan azab kubur, antaranya:

Tuesday, April 26, 2016

[Hadis] Alam Barzakh: Pengenalan


Barzakh bermaksud rintangan atau pemisahan. Alam barzakh ialah alam pertama daripada alam yang kekal abadi di akhirat. Semua orang yang berada di dalam kubur dinamakan hidup di alam barzakh. Alam barzakh juga dikatakan alam yang berada antara mati dan bangkit setelah mati.[1]


Friday, April 22, 2016

Metodologi Penulisan Kitab Tafsir Ibn Kathir


Tafsir Ibn Kathir merupakan salah sebuah kitab Tafsir bil-Ma’thur yang menduduki tempat kedua selepas Tafsir al-Tabari. Ia adalah sebuah kitab tafsir yang terkenal dan menjadi rujukan utama untuk ulama tafsir dan masyarakat Islam seluruh dunia. Kitab Tafsir Ibn Kathir lebih dikenali dengan nama: Tafsir al-Qur’an al-A’zim (تفسير القران العظيم  ) yang telah diterbitkan secara meluas dalam pelbagai versi olahan dan cetakan.

Biografi Imam Ibn Kathir


Beliau ialah Imad al-Din Abu al-Fida’ Ismail bin Umar Ibn Kathir bin Dau’ bin Zara’ al-Qurashi al-Syafie[1]. Dilahirkan pada 705H di Kg. Majdela, Busra. Beliau dibesarkan sebagai seorang yatim kerana bapanya meninggal dunia sewaktu beliau berusia tujuh tahun. Bapanya ialah Abu Hafs Umar yang merupakan orang Alim di kota Busra, imam dan khatib di kampungnya. 

Wednesday, April 20, 2016

Teknik Mendorong Pelajar Lemah @ Corot


Murid-murid yang kurang cemerlang dalam pelajaran selalunya mempunyai persepsi negatif pada diri sendiri malah juga pada orang di sekeliling. Hal ini kesan daripada situasi negatif yang mereka terima saban hari secara pengulangan. Sebagai contoh, pelajar corot seringkali tidak melakukan kerja sekolah dengan lengkap. Ganjaran yang mereka seringkali terima apabila berkelakuan sedemikian adalah mendapat kata-kata negatif daripada sesetengah guru ditambah pula menerima hukuman seperti berdiri di atas kerusi.

Puisi Cinta Rabb


Nun jauh di dalam sana..
Terbenam di dasar hati..
Ada degupan yang beralun lembut..
Berzikir mengagungkan cinta Rabb..cinta Rasulullah...
Tenangnya terasa membaluti diri..

Tetapi terkadang...

Hati ini ternoda dengan perasaan halus cinta makhluk...
Mengharapkan belaian cinta makhluk......

Di kala itu...
Iman yg terbenam kukuh dalam hati ini berkata...
Bagaimana cinta agung Rabbmu?
Bagaimana cinta agung kekasih-NYA Muhamamad Rasulullah..
Bagaimana?
Di tangga ke berapakah??
Di saat itu..
Sekali lagi hati ini telah perlahan-lahan memalapkan cinta makhluk yg cuba bernyala terang...
Tidak akan dibiarkan ia bermaharajalela melebihi cintaku pada Yang Satu...
Cinta teragung tanpa syarat...
Cinta suci yang tidak pernah menghampakan...

Kerana..................
Aku cintakan Rabbku...

Dan aku cintakan kekasih-NYA.....
Lebih dari segala-galanya!


Srikandi Al-Azwar
12 Rejab 1437 H
nur_mylp@yahoo.com
Baiti Jannati

Saturday, April 16, 2016

Bersabarlah Wahai Pendosa


Assaalamualaikum..

Bagaimana iman anda? Bagaimana dengan amalan kalian dalam persediaan untuk memasuki bulan suci tidak lama lagi? Harapnya tetap teguhlah melangkah walau terlalu banyak dugaan dan cabaran yang merintang perjalanan kalian. Bersabarlah menempuh semuanya…

Friday, April 15, 2016

Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (5)



         
      d) Memberi penghargaan 

Di samping itu, pujian juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada kanak-kanak. Seperti yang dihuraikan ringkas dalam teori pelaziman, pujian juga mampu mencetus kebaikan demi kebaikan untuk dilakukan oleh kanak-kanak. Pujian ini merupakan salah satu metod memberi ganjaran dalam bentuk kata-kata. Jika dilakukan berterusan, kanak-kanak akan rasa sangat dihargai hasil usahanya.

Thursday, April 14, 2016

Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (4)

      c) Mendorong ke arah kebaikan 

Matlamat untuk mendorong ke arah kebaikan adalah satu elemen yang sangat penting dalam memberi pujian kepada kanak-kanak. Kanak-kanak ini bersifat bersih dari kejahatan. Mereka lebih cenderung ke arah perkara yang baik. Namun demikian, ada kanak-kanak yang suka melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Hal ini disebabkan ada dorongan ke arah kejahatan oleh orang dewasa yang berada di sekelilingnya.

Tuesday, April 12, 2016

Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (3)


         b)Meningkatkan keyakinan diri 

Selain itu, pujian juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak. Ada benarnya apa yang disampaikan oleh Griffiths dan Karen Jones berkaitan pujian yang boleh meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dan pujian yang boleh memberi perasaan sinis di hati mereka. Sebab itu, pujian harus dilakukan secara kerap dengan hati yang ikhlas supaya kanak-kanak ini terdidik dengan keyakinan diri yang tinggi.

Monday, April 11, 2016

Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (2)

          ii. Jelas matlamat pujian




Pujian ada pelbagai metod dan boleh disampaikan dalam banyak situasi. Namun, perkara yang tidak kurang penting adalah perlu bermatlamat. Jika sesuatu yang dibuat dengan bermatlamat barulah dibuat dengan bersungguh-sungguh. Begitu juga dalam hal memuji, pujian yang diberikan kepada kanak-kanak ada banyak matlamat antaranya;

Thursday, April 7, 2016

Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (1)


Kanak-kanak amat suka dipuji. Mereka juga suka nama mereka disebut. Selalu mendapat pujian kerana melakukan perkara yang betul membantu kanak-kanak memahami bahawa perbuatan baik akan mendapat perhatian. Teknik memanggil nama diikuti dengan pujian menambahkan lagi curahan jatidiri positif kepada kanak-kanak tersebut.

Wednesday, April 6, 2016

Penggunaan Kata-kata Positif Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak (2)

Teori behaviorisme



Dalam ilmu pendidikan awal kanak-kanak, terdapat beberapa teori utama, antaranya teori behaviorisme. Di dalam teori berkaitan tingkah laku ini, teori pelaziman merupakan salah satu teori yang amat penting untuk dikatahui dan diterapkan. Teori yang dimulakan oleh Edward Thorndike (1879-1949) ini menitikberatkan penerapan sesuatu nilai baik diberikan ganjaran pada permulaannya[1]