Wednesday, April 23, 2014

AL-IBTILA' (Bahagian 4)


Bagaimana menghadapi ibtila’?

1.                  Mengucapkan kalimah istirja’

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
{iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-NYA lah kami kembali)}[1]

Seringkali kita mendengar ucapan kalimah ini apabila adanya kematian. Sayang sekali tidak ramai yang mempraktikkannya dalam segala hal musibah yang melanda. Sakit, berita kemalangan, terjatuh barang dan sebagainya sepatutnya kalimah ini yang meniti di bibir terlebih dahulu berbanding melatah yang tidak sepatutnya.


Saturday, April 19, 2014

AL-IBTILA' (Bahagian 3)


Ibtila’ terhadap seluruh hamba Allah

Ujian di atas muka bumi Allah ini bukan sekadar kepada Nabi Allah bahkan kepada seluruh hamba-Nya. Hal ini kerana merujuk kepada satu ayat Al-Quran:       

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
{Dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang bersabar}[1]

Perkara ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan itu sebenarnya perkara umum yang pasti menimpa manusia. Setiap manusia waima kaya dan miskin, waima tua dan muda pasti akan merasai ujian ini. Inilah yang dikatakan fitrah kehidupan. Cuma, apa yang berbezanya adalah tahap ujian yang menimpa seseorang. Lagi tinggi tingkatan imannya maka lagi tinggi ujian yang perlu ditempuhnya. Ini berdasarkan kepada ayat Al-Quran berikut:


Sunday, April 13, 2014

AL-IBTILA' (Bahagian 2)


Ibtila’ terhadap Nabi

Sudah kita sedia maklum bahawa para Nabi dan Rasul itu sangat hampir kedudukannya di sisi Allah. Ujian yang menimpa bukan calangnya untuk kita perkatakan. Mereka ini dikasihi Allah lalu kenapa mereka terpaksa melalui kesusahan dalam menjalankan misi dakwah mereka? Bukankah Allah sangat sangat sayangkan mereka? Sabda Rasulullah dalam sebuah hadisnya:

“Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Bila Allah suka kepada suatu kaum maka mereka akan diuji. Jika mereka redha maka Allah redha dan bila dia marah maka Allah pun akan marah padanya.” (HR. Tirmidzi)