Sunday, July 31, 2011

Hope for Syahrul Barakah



Assalamualaikum. 

Apa persaan sahabat-sahabat sekarang?

Semakin menggebukah rindu untuk bertemu Ramadhan?

Ternanti-nantikah dengan bulan keberkatan ini?

Sudahkah terasa kehangatannya?

Kurang satu jam lagi bagi penduduk Malaysia untuk menginjak masuk suatu fasa yang dikira amat tinggi nilainya bagi umat Islam. 

Ramadhan Kareem. Bulan yang sudah semestinya ditunggu-tunggu bagi pencinta Ilahi.


Tinggi pengharapan!

Ikhtibar fil mustasyfa –Siri 1-




Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih ana mulakan.

Terasa lama jejari kurniaan Allah ini tidak memainkan peranan menyampaikan secebis tinta  da’wah.

Siapa bilang tidak rindu untuk berblog?

Siapa kata tidak kangen untuk menyampaikan kalam da’wah?

Sepinya ana tidak bermakna terus menghilang dan menyembunyikan diri dari medan da’wah ini.
Uzlah ana beberapa hari ada kisah dan secarik memori menarik untuk dirungkai.




Ikhtibar fil mustasyfa
or
Pengalaman di hospital

Friday, July 29, 2011

Pada-MU ku Bersujud



Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

*
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
**
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
***
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud
Back to *, Back to **, back to ***


Munsyid: Afgan

Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

Sunday, July 24, 2011

Indahnya Ibtila’





Nikmat oh nikmat. Banyaknya nikmat kurniaan Allah..

Nikmat makan.

Nikmat hidup sihat.

Nikmat bahagia.
 
Nikmat beribadat.

Dan segala bentuk nikmat yang tidak mampu disenaraikan di sini.

Ucaplah...



Dalam banyak-banyak nikmat itu sedar tidak sedar kita lupa dengan satu nikmat iaitu:

MTQA kali ke-53, Johan Malaysia!



Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA) kali ke-53 telah melabuhkan tirainya sebelum jam 11 malam semalam waktu Malaysia.

Alhamdulillah, kedua-dua peserta Qari dan Qari’ah negara kita telah berjaya meraih JOHAN!
Saudara Amirrahman Abas (finalis Akademi Al-Quran musim pertama)  dan Hajah Puan Suraya Abu Hassan telah mengharumkan nama Malaysia! 

Friday, July 22, 2011

Nisfu Sya’ban, Satu Transformasi –Siri 2-



Assalamualaikum sahabat-sahabat,

Salam 21 Syaaban.. Salam sayyidul ayyam (penghulu hari)..


Ya Allah..

Semakin dekat kurasakan..

MasyaAllah…

Subhanallah…

Sangat rindu…

Tidak tertahan lagi menahan ngilu di hati ini…

Thursday, July 21, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER



Hari ni tanggal 21 Julai terukir sejarah baru. Terjah dan join SEGMEN KHAS untuk blogger baru! Sebelum ini bukan tidak pernah tahu tentang blog Ben Ashaari tetapi belum terbuka hati dan berkesempatan kunjung ke sana. Serious


Blog tinta-srikandi ni. Apa yang menarik ya?

Istikharah Cinta



****
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

di istikharah cinta..


****




p/s: Nantikan kisah “Istikharah Cinta Ilahi..” dari tinta-srikandi!





edho_sigma@yahoo.com
Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma
http://liriknasyid.com 

Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

Wednesday, July 20, 2011

Janji Yang Pasti (Bab 4)




Mendengarkan itu, Aqilah segera memusingkan kepalanya ke belakang. Melihat jendela yang ditutupi langsir hijau lumut dan bercorak kotak-kotak hijau muda. 

Tidak ada yang janggal pada penglihatannya. Wajah Jasmin ditenung kembali. Keningnya diangkat sedikit. Meminta kepastian. 

“Ada tadi…tadi…” Jasmin menjawab bahasa pandangan Aqilah. Dia masih gugup seperti tadi. Lambat-lambat tuturnya. Wajahnya sedikit pucat.

Monday, July 18, 2011

Nisfu Sya’ban, Satu Transformasi –Siri 1-



Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan “Salam Nisfu Sya’ban”  kepada antum. Hambatan masa dan hambatan tugas seharian kekadang menjadi taruhan besar dalam menyampaikan tinta da’wah. Walaubagaimanapun, harus dipasakkan dalam minda kita sesibuk mana pun kita jangan sesekali lalai dari taklifan besar yang digalas di bahu kita. Sebagai hamba Allah pengabdian kepadaNYA mestilah menjadi priority!


Tahu Apa itu nisfu sya’ban?

Perkataan Nisfu berasal dari bahasa Arab yang bermaksud “Separuh” atau “Pertengahan”.
Sya’ban adalah bulan Islam yang ke-8 sebelum memasuki bulan Ramadhan.

Jadi, Nisfu Sya’ban means Pertengahan Sya’ban yang mana ianya pada tanggal 15 Sya’ban.

Perginya Seorang Srikandi Islam..



Salam ta’ziah buat ahli keluarga Allahyarhamuha YB Dr. Lo’ Lo’ Ghazali yang telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 10.15 malam semalam di Hospital Selayang. 

Kelmarin ahli keluarganya membuat kenyataan beliau masih menjalani rawatan kompilasi penyakit kanser. (link)

Pagi ini 18 Julai 2011, jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Al-Akram Kg. Dato’ Keramat jam 10.30 tadi. Kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dato’ Keramat. (link)

Arwah yang merupakan ahli parlimen Titiwangsa banyak menyumbangkan tenaganya atas jalan perjuangan Islam semasa hayatnya.


“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. 
Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.”
-Surah Ali ‘Imran: 185-

Perginya seorang pejuang agama Allah bukan bermakna kita harus lemah. Yang hidup perlu teruskan perjuangan ini dan sentiasa mengambil iktibar untuk mati di atas jalanNYA.

Moga Allah merahmati dan meredhoi beliau di sisiNYA. Moga segala amal kebaikannya diangkat dan diterima oleh Allah.

Al-Fatihah. 




Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

Wednesday, July 13, 2011

Announcement!




Cerpen: Solatku. Ibadahku. Khusyukku. telah diupgrade menjadi mini novel bertajuk Janji Yang Pasti.

Harap pembaca dapat berpuas hati dengan tulisan yang tidak seberapa ini. Hope you will enjoy it! (^_^)

Really hope dapat tinggalkan komen walau satu patah perkataan. I'm very appreciate it!


Klik!



Janji Yang Pasti (Bab 3)

Bab 4? InsyaAllah bakal disambung dalam masa terdekat...





Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

Janji Yang Pasti (Bab 3)




      “Ok, meeting kita sampai setakat ni dahulu, harap semua jelas ya. Kita tangguhkan dengan tasbih kaffarah dan surah an-Nas. Assalamu’alaikum.” Pengerusi majlis merangkap Yang Di-Pertua kolej menangguhkan mesyuarat.

     Usai mesyuarat ‘tergempar’ malam itu, Aqilah tanpa lengah lagi mengemaskan barang-barangnya. Rasa ingin terbang sahaja supaya lekas sampai. Hanya terbayang “katil” di kepalanya. Otaknya terasa bagai tidak dapat berfungsi lagi. Letih. Agenda utama dan ‘tergempar’ hanya satu tetapi disebabkan ada hal berbangkit yang perlu disegerakan maka mesyuarat itu berlarutan hingga menghampiri jam 1.30 pagi. Hal sebegitu sebenarnya perkara biasa bagi mereka yang menguruskan badan pelajar tetapi oleh kerana badannya yang terlalu exhausted Aqilah tidak mampu bertahan lagi. Hari ini jadualnya terlalu pack dari pagi hingga ke malam. 

Sunday, July 10, 2011

Without You



Softly you called to me
Across the space between
Across eternity
Where love winds a path unseen

Out of the wilderness
You beckoned my every step
I stumbled sometimes and yet
I never once looked back

‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

Like a heart between beats
I would feel nothing you see
If you took your love from me
I don’t know what more would life mean?

I'd use my final breath
To call out your name and let
That breath upon the breeze
Rise like a kiss to thee

So you might see
Just what your love has meant to me
And what the cost of losing you would be
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You


Album : Without You
Munsyid : Sami Yusuf
http://liriknasyid.com



TanpaMU ya Allah..aku pasti hanyut di lautan kepura-puraan dunia yang luas. Tidak tahu ke mana arahnya ingin dikuakkan tangan. Tidak nampak langsung daratan untuk mendamparkan diri. Tika itu, di tengah-tengah lautan yang dalam keseorangan adakah mampu aku teruskan perjuangan demi menuju daratan cintaMU. Pasti aku hanya lelah. Mengalah. Tidak mampu lagi berenang. Lalu akhirnya aku hanya mati kelemasan…

Ya Allah tidak ingin aku lalui semua itu. Selamatkanlah aku dari lautan dunia yang dalam yang luas dan penuh lakonan itu. Tidak mungkin kubawa diri ini walau satu kuakkan tangan jika tanpa nusrahMU..Damparkanlah aku di pantai RedhoMU agar di situ aku mampu mengabdikan diriku sepenuhnya kepadaMU……kudamba CINTA-MU ya RABB....





“Tiada Erti Tanpa RedhoMU”
09 Sya’ban 1432H/ 10 Julai 2011
Berkelana Mencari Redho Ilahi..

Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

Saturday, July 9, 2011

Janji Yang Pasti (Bab 2)



“Min, nak masuk waktu dah ni. Jom kita turun ke surau. Sambil kita berjalan nanti Qila jawab serba ringkas tentang tu ya.” Ujar Aqilah sambil tersenyum kepada Jasmin.

Mereka berdua beriringan menapakkan kaki ke Musolla Al-Iman untuk solat berjemaah. Mereka siap-siap memakai mukena. Lagi lima minit waktu Isyak akan menginjak masuk. Surau tersebut terletak di tengah-tengah antara blok-blok kediaman pelajar Kolej Kediaman Seri Angsana. Blok mereka paling hujung. Jadi tidak boleh berlengah-lengah jika ingin solat berjemaah di surau.


Monday, July 4, 2011

1 Hari + 1. Mudah Sahaja


“Hayya ‘alassolah…”

“Hayya ‘alalfalah…”

Sahabat-sahabat, apa khabar? Iman ok? Amalan?

1 Hari + 1. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan term ini?

Bagi yang allergic kepada angka. ana tolong translatekan: 

Friday, July 1, 2011

SETULUS HATI ZINNIRAH (Prolog)




Angin pagi menderu perlahan. Mengelus lembut wajahnya. Hembusan bayu itu bagaikan mencengkam ke seluruh urat nadi. Sejuk. Beku. Serasa bagai tidak dapat menggerakkan badannya untuk bangun dari bangku kayu itu.

Nur Annisa Zinnirah berjalan perlahan sambil mengalunkan zikir al-Ma’thurat. Kelihatan tompok-tompok putih menghiasi pandangan. Nipis sahaja. Walaupun musim dingin hanya tinggal beberapa hari lagi tetapi ianya seakan-akan berat untuk pergi. Ianya tidak “dingin” dengan alam ciptaan Tuhan. Bahkan erat mendakapi bumi dan melaksanakan tugas dengan baik sekali selari dengan apa yang diperintahkan.