Thursday, March 15, 2012

Bagaikan Permata di Celahan Kaca


Dia satu dalam seribu….
Dia umpama permata di celah timbunan kaca…
Permata yang menyinar di segenap penjuru dunia...
Dialah WANITA SOLEHAH

WANITA SOLEHAH itu…
Mekar kelopak imannya bertitiskan embun Iman dan Taqwa
Akhlak mulia menjadi pakaiannya
Seiring kecantikan luar dan dalamnya
Malunya memagari diri…

WANITA SOLEHAH itu…
Terjaga keberkatan diri dengan ikatan perkahwinan
Tidak mengharapkan emas dan permata
Hanya mengharapkan mahar perjuangan
Setia menjadi sayap kiri perjuangan suami
Pendamping duniawi syurgawi…

Sampai bila mengharapkan Khadijah datang mencari…
Sampai bila menunggu KESEDIAAN DIRI…
Sampai bila membiarkan langkah hanya tercatur di minda…
Kerana yang pastinya wanita solehah itu TIDAK MENUNGGU LAMA untuk menjadi pendamping INSAN YANG CINTAKAN ILAHI…